بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

Saturday, July 16, 2011

Umat Islam ikut langkah yahudi & nasrani


بسم الله الرحمن الر حيم

Yahudi dan nasrani dah Allah memang jaminkan neraka buat mereka... buat apa kita nak ikut... Ingatlah, Qiamat semakin hampir... Sedikit penerangan mengenai hadis ini :





Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "cara hidup” orang-orang Yahudi dan
Nasrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah.
Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan
sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita
dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang
kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi
dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap
dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali
barut mereka. Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.
(petikan Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari)

Hiburan, pergaulan laki pempuan, gelak ketawa dan macam-macam lagi, memang memberi keseronokan bukan?? Tapi fikirlah kembali keseronokan apa yang kita lalui itu.. Allah suka atau tak?? ingat janji Syaitan pada Allah "aku akan menjadikan segala kejahatan itu indah dan akan aku sesatkan mereka semuanya.." (Al-Hijr : 39)
So, nilai apa yg kita buat... jgn fikir semuanya baik je.... ok...!
Sesungguhnya org Yahudi itu bukan teladan buat kita... Kita hanya ada 1 je contoh teladan yang Allah suruh ikut....
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
(al-Ahzab: 21)

~Wallahu'alam~

Read More

Tuesday, June 28, 2011

Ilmu agama beransur - ansur hilang


بسم الله الر حمن الر حيم

Assalamu'alaikum sahabat sekalian... moga sentiasa beroleh rahmat Allah... Alhamdulillah, sudah dua bulan ana berpraktikal... InsyaAllah tinggal lagi sebulan untuk bermujahadah ulang alik dari Seremban ke Nilai... hehe...

InsyaAllah, ana nak sambung topik mengenai hadis akhir zaman yg seterusnya... Alhamdulillah, sepanjang berada di rumah nie ana dan sahabat cuba untuk mengisi iman kami dengan ceramah dr Ustaz Azhar Idrus sepanjang perjalanan di Highway LEKAS... InsyaAllah, inilah cara terbaik yg cuba kami lakukan untuk menggantikan halaqah yg tak dpt kami join ketika cuti + praktikal nie...

Yelah, iman kita perlu sentiasa dijaga, nak2 ketika berada di rumah... Ana akui dan ini juga selalu ana dgr dr akhwat2 dimana, "risau bile dirumah, lebih tertarik kepada benda2 yg lagha..".. =) hehe... Tapi ana percaya, selagimana kita mahukan kebaikan, kita akan cuba untuk perolehnya... Sebagaimana yg pernah ana dgr di radio IKIM, motivasi seorang ustaz nie dgn tajuk "mengajar anak mengikut zaman".... dimana nak disimpulkan disini, kita perlu kreatif dan bijak dalam membawa keluarga kita ke arah kebaikan.... sebab kita mmg perlu ada masa untuk keluarga (mengajar agama kpd mereka) dan ada masa untuk belajar agama... ramai yg akui even ustaz ini sendiri, keluarga sendiri mmg susah nak kita ajar... nak2 org2 skrg nie lebih kpd dunia IT dan hiburan... Jadi ianya terpulang pd kita sendiri untuk bijak mengatur langkah, agar ILMU-ILMU AGAMA ini tidak pupus dek telan zaman...


Read More

Saturday, June 18, 2011

Seluruh dunia datang mengerumuni dunia Islam...


بسم الله الر حمن الر حيم

Assalamua'laikum... alhamdulillah, ana masih lg diberikan kesempatan untuk meneruskan penulisan... aiwah, antum apa khabar? mudah-mudahan sentiasa sihat di bawah penjagaan Allah.. Iman bagaimana? Mudah-mudahan baik2 sahaja & jgn lupa untuk terus menerus mengisi iman kita dengan makanan yg baik2 ye... Apa khabar keluarga antum? Moga baik2 juga... Pasti antum gembira bersama-sama mereka kan... Kawan-kawan?
Pasti antum juga ceria-ceria sahaja bersama mereka.... main2 bersama, gelak ketawa bersama, keluar berjalan bersama, shopping sama-sama... (>_<) alhamdulillah, Allah memberi peluang dan ruang untuk kita merasai nikmat-nikmat kegembiraan dari-Nya....




Saudara-saudara antum bagaimana pula? Mereka baik? mereka sihat? Mereka bersama-sama antum tak? erm... persoalan yg mungkin ana pun sukar untuk menjawabnya.... Mereka mungkin baik-baik sahaja tapi ana tak yakin mereka sedang bergembira... mereka mungkin sihat tapi ana tak yakin mereka ada menanggung apa-apa kesakitan ke tak... erm...kadang-kadang ana igt mereka, tapi kebanyakan masanya ana mungkin tidak terfikirkan mereka... ana igt bila ada yg mengingatkan, tapi bila tiada apa2 berita, ana lupa....

Read More

Friday, June 10, 2011

Kenapa dunia Islam menjadi sasaran pemusnahan

بسم الله الر حمن الر حيم

Erm... setiap kali baca sahaja surat khabar pasti ada sahaja benda yg tak disangka-sangka & tak di ingini berlaku.. seperti yg pernah ana kata pd pos sebelum ini, atuk & nenek dibelasah cucu sendri, seorang isteri dirogol oleh 3 lelaki di depan suami sendiri, pembunuhan, pembuangan bayi dan kes yg menjadi trend pd masa kini iaitu kes simbah asid yg pd mulanya kepada mereka yang membawa kereta beralih pula kepada yang menunggang motosikal dan selepas ini mungkin pula kepada pejalan kaki gamaknya.. ana cukup tidak faham, mungkinkah menjadi habit buat mereka mahu menyimbah asid sesuka hati pada orang lain. Bak kata sahabat ana, kalau simbah asid pon boleh sesuka hati, mesti perkara yg lebih dahsyat drp itu pon dia dah buat. Mungkin benarlah, kalau tidak manakan perkara ini asyik berlaku je.. Erm, risau ana memikirkan siapa
lah lagi yg akan menjadi mangsa selepas ini... Moga kita semua dilindungi Allah swt sentiasa.. Mengapa ye? mengapa perkara seperti ini semakin berleluasa? tidak takutkah kepada azab Allah, kalau bukan azab di dunia, sudah pasti azab di akhirat kelak malah ianya buat selama-lamanya.. Bukankah janji Allah itu benar & pasti..!

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api Neraka dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api Neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kejahatan (disebabkan keingkarannya)."
[ Al-A'raf : 40-41 ]


Kenapa dunia Islam menjadi sasaran pemusnahan


Read More

Thursday, June 9, 2011

Takwa & perpaduan asas keselamatan akhir zaman

بسم الله الر حمن الر حيم

Takwa & perpaduan asas keselamatan akhir zaman

Hadis ini merupakan pesanan-pesanan daripada Rasulullah saw buat umatnya yang sangat berharga dan penting. Khususnya bagi mereka yang menghadapi zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan, dimana boleh ana singkapkan disini adalah zaman yang kita semua hadapi sekarang ini, yang penuh dengan permusuhan dan pertelingkahan yg bukannya melibatkan kaum mahupun agama yang berlainan sahaja malah diantara mereka yang bangga menyatakan diri mereka adalah umat Islam. Oleh itu, sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadis diatas, iaitu :


Read More

Wednesday, June 8, 2011

Akhir Zaman... bersediakah kalian??

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, dimana Dia masih lagi memberikan ana peluang untuk terus menulis dalam blog ni... hehe... lama sungguh tidak update blog... Afwan kathir ana sgt bz dalam menempuh semester akhir pengajian... mcm2 perkara perlu diselesaikan terutamanya nak menghasilkan tesis kajian sendiri... Tp alhamdulillah kini ianya telah pun berakhir... Cuma sekarang sedang menjalani Latihan Industri di Lembaga Koko Malaysia bersama sahabat tersayang sebelum kami konvo insyaAllah pd september ini.... Alhamdulillah, sudah sebulan berlalu, masih tinggal lagi 2 bulan... Mudah-mudahan dapat dipermudahkan segala urusan kami...InsyaAllah...

Sebenarnya, ana memang nak sgt update blog... Tp dalam bab penulisan ni mmg lemah.. Tp juga niat dihati mestilah diteruskan... Setelah lama berfikir, alhamdulillah, Allah telah memberikan satu ruang buat ana untuk memikirkan cara terbaik bagi meneruskan berblogging... InsyaAllah, pada post ana kali ini dan yg akan datang ana mahu melebihkan tumpuan pada pesanan Rasulullah pada peristiwa di akhir zaman... Antum mesti tahu kan, bahawa kita kini telah berada di akhir zaman... Atau dalam erti kata lainnya, kita inilah yang merupakan umat akhir zaman... Persoalannya bersediakah antum? Ana sendiri masih samar2 untuk menjawabnya... Tp sebenarnya kita kena sentiasa bersedia untuk menempuhnya...kerana... bukanlah akhir zaman sahaja yg akan tiba, tp kematian boleh juga jadi pada bila2 masa...rite?

Read More

Thursday, January 6, 2011

Muslimah memang tak guna.....

بسم الله الرحمن الرحيم



Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.

Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami yakin rambut kami adalah mahkota terindah yang amat bernilai yang Allah kurniakan. Maka, kami jaganya dengan rapi agar tidak rosak di mamah mentari, dan tidak lapuk disimbahi hujan. Kami baluti ia dengan rapi agar ia terjaga dan tersimpan untuk menjadi tatapan yang berhak menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.
Kami juga muslimah-muslimah tak guna kain sempit untuk membaluti tubuh kami. Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir yang fungsinya menghalang cahaya matahari terik, tetapi dalam pada masa yang sama matahari itu perlu sebagai penyuluh di siang hari dan penyegar kediaman kami. Andai kain jarang kami baluti tubuh kami, kami juga membenarkan cahaya matahari menjadi penyuluh badan kami dan menjadi penyegar mata kalian. Oh tidak, kami bukanlah semudah itu untuk menjadi tatapan kalian. Kami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar. Kami lebih mengamalkan perinsip yang tua memberi pada yang muda, bukan membuli yang muda. Jadi, adik-adik kami selalunya yang meminjam baju kami, dan kami meminjam pada kakak kami dan begitulah seterusnya. Kerana ini juga, baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng ke pusat untuk menyejukkan badan, tetapi baju yang longgar amat selesa kerana pengudaraanya amatlah baik sekali. Seperti mana rumah yang besar lebih sejuk berbanding rumah yang kecil dan sempit. Hal ini juga, dapat memudahkan pergerakan kami dan membesarkan langkah kami. Tidaklah kami perlukan belahan kain sampai ke paha untuk melangkah dengan lebih besar.

Sungguh aneh dunia kini, baju yang cukup sifatnya dikecilkan, dikoyakkan, dibelahkan. Makin lama, tubuh itu ibarat orang-orang di sawah lagak pakaiannya. Malah, pakaian orang-orang itu lagi indah.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn menyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.

AURAT. Apa definisinya pada kalian?

“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”

Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.

Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang lain menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruah ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang dan berambut blonde.

Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH, KEKASIH awal dan akhir kami…


Hasil petikan dari tautanhati.asasian.net

Read More

Monday, December 6, 2010

kasih sayangnya...


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.... kaifahalik?? Selamat menyambut awal Muharam... Moga dengan bermulanya tahun baru ini, kita bersemangat dengan azam baru.... insyaAllah... moga apa yang utamanya, kita meletakkan untuk mencari redha Allah itu yang teratas... tak kira apa jua pon yang ingin kita lakukan, kita perlulah sentiasa igt bahawa Allah sentiasa melihat dan bersama kita semua....


InsyaAllah, post ana kali ni nak kongsi hasil pembacaan ana mengenai sirah.. kalau dah sirah mestilah mengenai kekasih Allah swt dan murabbi teragung kita, Rasulullah saw... Kalau kita baca mengenai perang Al-Ahzab, banyak pengajaran yang boleh kita dapat dan jadikan tauladan sepanjang zaman...

ana nak singkapkan disini antara pengajaran yang terpenting dalam perang al-Ahzab mengenai sahsiah Rasulullah saw yang diperlihatkan betapa unggulnya kasih sayang baginda terhadap para sahabatnya...

Ia dapat dilihat dengan jelas, atas kesungguhan baginda melakukan kerja-kerja berat ketika membuat persiapan menghadapi perang al-Ahzab. baginda tidak sekadar mengarahkan para sahabat menggali parit (Khandaq), tetapi baginda turut bertungkus lumus bekerjasama memecahkan bongkah batu besar yang menghalang pembinaan benteng pertahanan... baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati... selain itu, baginda turut merasakan terlalu lapar sebagaimana para sahabat... Namun baginda tetap melakukan kerja-kerja itu bersama-sama tanpa menghiraukan apa yang baginda rasa... baginda sedar yang sahabat-sahabat juga turut berasa kelaparan kerana masing-masing tidak mempunyai bekalan yang mencukupi...

Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, rasulullah mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya..

Persoalannya... Apakah yang menyebabkan Rasulullah saw sanggup melakukan kerja-kerja berat bersama-sama para sahabat dalam keadaan terlalu lapar?? Adakah ia didorong oleh keinginan hendak mencari pengaruh dikalangan orang ramai, bagi mengekalkan kedudukan dan lain-lain kepentingan duniawi??

Tidak mungkin seorang nabi yang diasuh oleh Allah swt secara langsung memiliki sifat-sifat rendah budi seperti itu... Tanggungjawab itu memerlukan seorang yang berjiwa besar, murni dan berakhlak mulia.. Serakus manapun manusia memburu kepentingan, namun mereka tidak sanggup menggalas perut dengan batu bagi menahan lapar.. ramai manusia yang ingin mengejar sesuatu kepentingan, tetapi mereka akan memilih cara yang mudah..

Tanggungjawab rasulullah bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada manusia, bahkan bertanggungjawab memberikan kefahaman supaya orang yang menerima risalahnya, timbul rasa keinginan untuk mengamalkan ajarannya.. Justeru itu Rasulullah saw menyatakan bahawa ulama itu adalah waris para anbiya, iaitu mewarisi tugas para nabi... mereka sanggup menelan pahit getir yang ditanggung oleh para nabi semasa mengajak manusia beriman kepada Allah swt.. Lapar itu adalah fenomena biasa kepada rasulullah saw, keadaaan itu bukan penghalang untuk baginda turut melaksanakan tugas berat bersama-sama para sahabatnya... kerana kasih-sayang yang mendalam kepada para sahabat, Rasulullah saw tetap bersama mereka dalam apa jua keadaan sekalipun...

Rasulullah saw tetap merahsiakan keadaan dirinya yang sangat lapar daripada pengetahuan sahabat... tetapi seorang sahabat bernama jabir ra, terpandang ketulan batu yang dibalut pada perut baginda... oleh kerana beliau faham mengapa baginda begitu, beliau berasa simpati dan sedih lalu beliau segera pulang kerumah dan menyuruh isterinya menyediakan makanan buat Rasulullah saw...

Isteri Jabir hanya mampu menyediakan sedikit roti dan sup seekor anak kambing yang kerdil lagi kurus... Cukuplah untuk menjamu Rasulullah dan beberapa orang sahabat sahaja... Rasulullah ketika dipelawa untuk menikmati hidangan tersebut, bertanya sekadar mana makanan yang disediakan.. Kemudian, disuruhnya Saidina jabir pulang untuk memberitahu isterinya supaya membiarkan makanan yang masih belum terhidang itu, kerana baginda sendiri yang akan menghidangkannya..

Kemudiannya Rasulullah mengajak kesemua sahabat yang ada pergi ke rumah Jabir untuk makan... Baginda mengajak semua sahabatnya kerana tidak sampai hati untuk pergi menikmati jamuan dengan hanya ditemani beberapa orang sahabat, sedangkan para sahabat yang lain tidak turut serta... Biarpun makanan yang disediakan tidak banyak, namun baginda tidak mengecualikan walau seorang sahabat pun untuk menyertainya... Biarpun makanan sedikit, namun makanan yang sedikit itulah sama dicubit, asalkan suma dapat makan bersama... Kasih sayang Rasulullah mmg sgt mendalam terhadap para sahabat.. Ukhwah dan kasih sayang adalah antara ajaran penting yang ditekankan oleh rasulullah saw.... Semua para sahabat baginda mempunyai perasaan kasih sayang yang sama antara satu sama lain...

Mahu di "highlight" kan disini, cara berfikir dan bertindak Rasulullah saw sgt berbeza dari yang lain, sebagai seorang yang luar biasa, baginda tidak boleh meletakkan dirinya di bawah pengaruh dan logik kebendaan sebagaimana yang difahami oleh orang awam... Jika org awam bertindak mengikut sebab-musababnya sbgmn yg Tuhan telah tetapkan, seperti merasa kenyang kerana makan, kuantiti makanan yg sedikit tidak mencukupi untuk org ramai...

Rasulullah saw berfikir bahawa punca segala sebab itu adalah drpd Allah swt... Oleh krn keyakinan Rasulullah terhadap Allah sgt kuat maka setengah dr perkara mudah bagi Allah itu untuk menjadikan makanan yg sedikit menjadi byk... Allah swt mendatangkan keberkatan drpd mknn yg sedkit itu hingga cukup dimakan oleh ribuan ahli medan khandaq... sehingga para sahabat semuanya berasa cukup kenyang dengan mknn tersebut....

Bukan sifat seorg Nabi dan Rasul mementingkan diri sendiri dan mengabaikan org2 yg berada di sekeliling baginda... Berlapar sememangnya menjadi sebahagian pengalaman hidup Rasulullah saw... Baginda tidak tidur dalam keadaan kenyang, ketika jirannya dalam keadaan lapar...

Subhanallah.... beginilah sifat seorang pemimpin yang sebenarnya.... Baginda amat mengambil berat akan mereka yg disekelilingnya....

Begitulah sebagaimana firman Allah:
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah."
(Al-Ahzab : 21)


Kasih sayang baginda amat mendalam pada umatnya, walaupun terhadap kita yang hidup diwaktu ketiadaannya.... Baginda amat merindui kita, sebagaimana yang dikata oleh Rasululllah terhadap sahabatnya, yg baginda amat merindui ikhwannya iaitu kita, umatnya yg tidak sempat untuk melihat baginda ketika didunia... Bagaimana pula dengan kita? Baginda merindui kita... baginda menyayangi kita? baginda mengambil berat pasal kita.... Baginda sentiasa mengingati kita.... Tetapi kita??? renung-renungkanlah.... adakah amalan kita hari-hari seperti contoh tauladan kita ini?? adakah apa yg kita buat ketika ini Rasulullah buat??

Ana suka nak mengingatkan pada diri ana dan kepada sahabat, kebergantungan kita hendaklah 200% malah lebih lagi, terhadap Allah swt.... INGATLAH.... Segalanya amat mudah bagi ALLAH swt....

WA

Read More

Sunday, December 5, 2010

kata, amal, uji... herm...??

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.. lama sungguh tak update blog... afwan kasira... tidaklah merasakan sudah 'give up' untuk menulis... walaupun sebenarnya mmg ye... (>.<) hehe... InsyaAllah, ana tidak akan membenarkan ianya berlaku... ana kena sentiasa igt kepada niat asal ana membuat blog.... insyaAllah, ana akan cuba untuk berkongsikan sesuatu.....
herm... benar seperti yang di katakan.... makin lama kita berada di alam tarbiyah, makin kita ingin berbuat kebaikan, makin kita ingin dekatkan diri kepada Allah, maka makin banyak ujian dan dugaan yang perlu kita tempuh... teringat akan firman Allah yang menegaskan:
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa sahaja yang tidak kamu perbuat." (As-shaff : 3)
Jelas ternyata orang yang mengatakan akan diuji dahulu... sama situasinya seperti seorang guru/pensyarah, beliau mengatakan (samakan dengan tunjuk/ajar kan kan?) kemudian bile nak praktikkan mungkin dalam makmal atau lain2nya anda akan suruh beliau itu untuk lakukannya dahulu... kan kan?? (sama tak situasi??) ana tak suruh pun pensyarah ana dah panggil ke depan suruh tengok dulu... huhu... herm..?? maksudnya kita kah yang nak uji dahulu betul ke cikgu kita tu tahu apa yang dia katakan?? ataupun inikah contoh yang lebih tepat.... seorang abang yang memarahi adiknya:
Abang : kamu jangan main kat luar lagi...bising ibu nanti dah nak maghrib baru balik.
Adik : Alah abang tu, ibu bising dari malam sambung balik pagi pasal abang, tak kesah pulak
(Ini situasi bila mana abangnya bila malam keluar, balik pagi buta, tidur sampai tgh hari, petang bangun makan, dan berlakulah cycle kehidupannya disitu)
nampak disitu, bila mana kita cuba menegur seseorang tetapi kita sendiri tidak berbuat makanya orang itu tidaklah mahu mendengar kata2 kita... sebab itulah Allah menegaskan bagi mereka yang beriman terutamanya, kerana mereka ini yg akan membawa kebaikan dan mereka ini jugalah yang akan menyebarkannya..
Persoalan, siapakah orang yang beriman itu??
ok...ana jawab... mereka yang bertudung?? tudung labuh kah?? mereka yang berkopiah?? songkok?? eh... ni jawab ke, soal... erm... baik... selagi mana kita mengaku Allah itu sebagai tuhan kita, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, makanya itulah si dia yang ada iman... solat 5 waktu, ok?? puasa?? ok?? zakat bayarkan?? Haji, insyaAllah... yg udah, alhamdulillah..... hah, insyaAllah cukuplah dia untuk mendapat title orang yg beriman yang dimaksudkan.... pendek kata, yg berstatuskan Islam, itulah dia... jadi tak kira lah, tak bertudung ke, tudung pendek ke, tudung labuh ke, tudung ekin ke, tudung siti ke, tudung berjambul ke... ok stop... herm, asalkan dia Islam, kita kenalah lakukan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya...
tetapi ingat iman seseorang ini tidaklah sentiasa bersih... dan iman kita itu tidaklah berbeza berdasarkan pangkat mahupun harta... status kita semuanya sama sahaja sebagai hamba Allah... apa yang beza bagaimana kita menjaga dan membersihkan iman kita nie... contoh lagi?? erm.. mcm kereta, nak perjalanan yang lebih lancar, kena pergi servis, bersihkan enjin sumer... so, nak iman yang mantap kita kena selalu perbaiki diri... insyaAllah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... tapi apa yang kita dah tahu, kita kena amalkan dan praktikkan.... bukan sekadar sampaikan kepada orang lain... kalau dah tahu yang itu tak boleh, so jangan buat.... benar ada kalanya ada yang kita tak mampu nak lakukan, jadinya orang mengambil keputusan mana yang tak dapat kita wat tu dibiarkan sj... baik, boleh, tapi!! adakah kita sudah cuba sedaya upayanya... sure?? atau sekadar "aku tak dpt nk lakukan spt ini"..kalau anda nak jadi seorang saintis...bolehkah anda belajar sampai yang anda mampu sahaja? boleh tak nak skip satu atau dua sem sbb rs dah tak mampu?? bole ke grad kalu mcm tu?? nak tak nak anda kena gak paksakan diri dengan sedaya upaya nya untuk habis kesemua sem untuk menjadi saintis tu kan...benar?? tidak kesahlah walaupun pointernya tidak begitu memuaskan... asalkan usahanya setimpal...samalah untuk mendapatkan tiket ke syurga... sesungguhnya Allah lebih memandang pada usaha kita... ana yakin kalau kita usaha untuk sesuatu kebaikan, nescaya Allah mempermudahkannya...insyaAllah...
herm...post ana ni sekadar ingin berkongsi apa yang ana rasa... makin bertambahnya hari di alam tarbiyah makin risau rasanya... risau bukan kerana apa, risau ana merasakan yang ana tidak mampu untuk meneruskan...risau dan tak mahu terkeluar dari jalan ini... Hidayah Allah itu, hanya Allah yang dapat bg.... Firman Allah:
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepda orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah yang lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-qashash:56)
sekali kita sudah mula terjebak atau mula terdedah untuk memilikinya, maka teruskanlah untuk mendapatkannya.... ingat, walau sekadar terbaca atau dapat dari kawan-kawan apa sahaja kebaikan maka teruslah ambil untuk diamalkan... kerana tiada satu yg kebetulan... Segalanya telah ditetapkan oleh Allah...
"setiap bencana yang menimpa dibumi mahupun diri kamu sendiri, segalanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah" (al-Hadid : 22)
mungkin itulah permulaan anda untuk memiliki hidayah-Nya.... jangan ditangguh-tangguh... "Demi masa".....
WA

Read More

Sunday, October 24, 2010

Berpakaian tetapi telanjang...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuannya, Rasulullah SAW telah member amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah masuk memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat muslim no. 3971).
Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “....Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)
Kakak memakai baju adik 8 tahun





Perbincangan ini tertumpu pada golongan kedua yang disebut dari hadis diatas. Apakah yang dimaksudkan dengan “berpakaian tetapi telanjang”? Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau ia memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.
Didalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner tetapi ianya tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutup rambut, sedangkan tubuh badan teserlah dengan pakaian yang ketat.
Wahai kaum hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah SAW tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga dengan penuh nikmat yang kekal selamanya.
Baginda juga menjelaskan bahawa, para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang yang melihatnya terpesona dan tergoda. Inilah cara jalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri mereka dan menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ilama’ Yaman menerangkan tentang kalimah مميلات yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini ialah isim fa’li dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya kearah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta (walaupun dalam keadaan bertudung yang menampakkan bonggol) yang kelihatan terhuyung hayang.
Kesan negatif
1. Menyusahkan para isteri
Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki
Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan, “sehingga senget orang lelaki yang melihatnya”. iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.
3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Saah satu faktornya apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insane-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sendiri sebagai mangsa.
4. Tidak menghidu bau syurga
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Sukar untuk berubah??
Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam situasi ini ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah SAW berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walaupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.
Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang [SOLUSI 21]

Bertaubatlah kamu sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hamba-Nya. Marilah kita sama-sama hayati apa itu Islam yang sebenarnya…. Tidak kira dari segi apa jua, sebelum kita cuba melakukannya, kita lihat dahulu dari segi Islam bagaimana. Pemakaian tudung hanya satu sahaja yang diperintahkan oleh Allah sebagaimana dalam firman-Nya:
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang”. (Al-Ahzab : 59)
Maka, tiada yang lainnya. Tidaklah Allah suruh untuk menambahkan apa-apa atau dibuatnya tudung itu berfesyen untuk diikut oleh orang lain. Wahai sahabat,telitilah cara penutupan aurat yang sebenarnya.
Pandangan Allah itulah yang paling penting dan utama. Redha dari-Nya lah yang kita perlukan… Bukan pujian dari manusia lainnya. Kerana redha dan pahala yang Allah berikan merupakan satu-satunya bekalan kita untuk penghidupan selamanya di akhirat kelak. Kita hanya hidup didunia buat sementara, jika nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal sampai bila-bila. Entah esok lusa, kita sudah perlu menghadap Sang Pencipta. Bersediakah kalian bersoal jawab dengan-Nya??
WA

Read More

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)