بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

Friday, June 10, 2011

Kenapa dunia Islam menjadi sasaran pemusnahan

بسم الله الر حمن الر حيم

Erm... setiap kali baca sahaja surat khabar pasti ada sahaja benda yg tak disangka-sangka & tak di ingini berlaku.. seperti yg pernah ana kata pd pos sebelum ini, atuk & nenek dibelasah cucu sendri, seorang isteri dirogol oleh 3 lelaki di depan suami sendiri, pembunuhan, pembuangan bayi dan kes yg menjadi trend pd masa kini iaitu kes simbah asid yg pd mulanya kepada mereka yang membawa kereta beralih pula kepada yang menunggang motosikal dan selepas ini mungkin pula kepada pejalan kaki gamaknya.. ana cukup tidak faham, mungkinkah menjadi habit buat mereka mahu menyimbah asid sesuka hati pada orang lain. Bak kata sahabat ana, kalau simbah asid pon boleh sesuka hati, mesti perkara yg lebih dahsyat drp itu pon dia dah buat. Mungkin benarlah, kalau tidak manakan perkara ini asyik berlaku je.. Erm, risau ana memikirkan siapa
lah lagi yg akan menjadi mangsa selepas ini... Moga kita semua dilindungi Allah swt sentiasa.. Mengapa ye? mengapa perkara seperti ini semakin berleluasa? tidak takutkah kepada azab Allah, kalau bukan azab di dunia, sudah pasti azab di akhirat kelak malah ianya buat selama-lamanya.. Bukankah janji Allah itu benar & pasti..!

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api Neraka dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api Neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kejahatan (disebabkan keingkarannya)."
[ Al-A'raf : 40-41 ]


Kenapa dunia Islam menjadi sasaran pemusnahan



Menyentuh tentang perkara ini, risau ana semakin lama semakin banyak perkara-perkara seperti ini berlaku maka ianya mampu mengundang kepada kita semua turut merasakan azab yang tidak tahu seperti mana akan Allah timpakan... Adakah seperti apa yg pernah berlaku di selatan Thailand? atau lebih dahsyat dr itu? Na'uzubillah...

Hadis ini sudah cukup menjelaskan, apabila kita berada pada suatu tempat yang terlalu banyak kejahatan maka kebinasaan akan menimpa kesemua orang yang berada di tempat tersebut. maksudnya disini bukan hanya kepada si pelaku tetapi juga kepada orang-orang saleh. walaupun masing-masing pd hari kiamat ada perhitungan mrk sendiri..

Oleh itu segala kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmikan dan maksiat dimusnahkan.. Seperti yang dinyatakan pd tafsiran hadis ini, walaupun disebutkan secara khusus kepada bangsa arab, tetapi yg dimaksudkan adalah kepada bangsa di seluruh dunia. tujuan bangsa arab yg disebut adalah kerana Rasulullah pd ketika itu adalah dari kalangan mereka dan yg Rasulullah dakwah pd ketika itu adalah kepada mereka dan sedikit sekali dr bangsa lain.. Selain drpd itu bahasa rasmi umat islam adalah bahasa arab.. tetapi yg diambil kira yg sebenarnya ialah pada agama itu sendiri.. lagipun, tidak kira agama apa jua sekalipun, yg layak untuk kita sembah hanya lah Allah semata, maka apa yg disampaikan Allah pada rasul-Nya adalah buat umat manusia seluruhnya...

Kemudian, dinyatakan Ya'juj & ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as) yg dahulunya byk membuat kerosakan di permukaan bumi ini. lalu batas daerah dan kediaman mereka di tutup oleh Zulqarnain & pengikut2nya dengan cmpuran besi serta tembaga maka mereka pon tidaklah dapat keluar dr situ.. Maka pd ms yg dinyatakan Rasulullah, dinding yg kuat itu akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dr kediaman mrk lalu kembali membuat kerosakan di bumi... Oleh itu, bila perkara ini terjadi maka ianya menandakan kiamat sudah hampir sgt....

Wahai saudara ku sekalian, marilah kita sama2 berdoa mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah... Doalah senjata umat Islam dan penghubung kita dgn Allah, maka pintalah pd-Nya... Ameen...

0 comments:

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)