بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

Berpakaian tetapi telanjang...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuannya, Rasulullah SAW telah member amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah masuk memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat muslim no. 3971).
Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “....Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)
Kakak memakai baju adik 8 tahun





Perbincangan ini tertumpu pada golongan kedua yang disebut dari hadis diatas. Apakah yang dimaksudkan dengan “berpakaian tetapi telanjang”? Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau ia memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.
Didalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner tetapi ianya tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutup rambut, sedangkan tubuh badan teserlah dengan pakaian yang ketat.
Wahai kaum hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah SAW tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga dengan penuh nikmat yang kekal selamanya.
Baginda juga menjelaskan bahawa, para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang yang melihatnya terpesona dan tergoda. Inilah cara jalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri mereka dan menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ilama’ Yaman menerangkan tentang kalimah مميلات yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini ialah isim fa’li dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya kearah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta (walaupun dalam keadaan bertudung yang menampakkan bonggol) yang kelihatan terhuyung hayang.
Kesan negatif
1. Menyusahkan para isteri
Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki
Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan, “sehingga senget orang lelaki yang melihatnya”. iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.
3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Saah satu faktornya apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insane-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sendiri sebagai mangsa.
4. Tidak menghidu bau syurga
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Sukar untuk berubah??
Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam situasi ini ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah SAW berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walaupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.
Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang [SOLUSI 21]

Bertaubatlah kamu sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hamba-Nya. Marilah kita sama-sama hayati apa itu Islam yang sebenarnya…. Tidak kira dari segi apa jua, sebelum kita cuba melakukannya, kita lihat dahulu dari segi Islam bagaimana. Pemakaian tudung hanya satu sahaja yang diperintahkan oleh Allah sebagaimana dalam firman-Nya:
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang”. (Al-Ahzab : 59)
Maka, tiada yang lainnya. Tidaklah Allah suruh untuk menambahkan apa-apa atau dibuatnya tudung itu berfesyen untuk diikut oleh orang lain. Wahai sahabat,telitilah cara penutupan aurat yang sebenarnya.
Pandangan Allah itulah yang paling penting dan utama. Redha dari-Nya lah yang kita perlukan… Bukan pujian dari manusia lainnya. Kerana redha dan pahala yang Allah berikan merupakan satu-satunya bekalan kita untuk penghidupan selamanya di akhirat kelak. Kita hanya hidup didunia buat sementara, jika nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal sampai bila-bila. Entah esok lusa, kita sudah perlu menghadap Sang Pencipta. Bersediakah kalian bersoal jawab dengan-Nya??
WA

Read More

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)