بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

Pernahkah kita bersyukur dilahirkan dalam Islam??


بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian buat Allah swt. keranaNya kita masih lagi dapat melalui kehidupan hari ini dan keranaNya jua kita dapat merasai segala macam nikmat terutamanya nikmat Islam. Serta selawat dan salam buat murabbi agung kita, Nabi Muhammad saw.

Asif jiddan, setelah sekian lama baru hari ini ana dapat update blog ana dengan post yang baru..InsyaAllah tajuk ana hari ini lebih kepada apa yang ana rasa..

~ Islam is the way of Life ~

Ana tergerak untuk bertanya pada diri ana dan mungkin juga anda semua, pernahkah bibir kita ini bergerak untuk mengucapkan rasa syukur kita kepada Allah swt yang kita dilahirkan dalam Islam?? atau mungkinkah sekadar rasa syukur kita bila kita memperoleh kejayaan atau apa sahaja yang kita impikan.... tapi bagi ana kira ok lg lah kalu pengucapan syukur yang keluar, dari dikatakan nya, "Yes! aku dapat 10A, boleh mintak Vios kat parents aku..".... MashaAllah, anak2 sekarang...

sedarkah kalian Islam merupakan satu nikmat atau dikatakan hadiah yang paling besar yang Allah berikan kepada kita.... ia bermula sejak kita dilahirkan lagi.... bersyukurlah kerana kita tidak perlu lagi khuatir untuk memilih apa agama yang patut kita anuti kerana sememangnya Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah, Tuhan yang satu, sebagaimana firman-Nya :

".......Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu....." ( Al-Maidah : 3 )

Jika nak di bandingkan mereka yang beragama lain masih lagi perlu mencari-cari, itu pun jika mereka diberikan hidayah oleh Allah untuk mencari sinar Islam.... maka, tidakkah kita patut bersyukur??

Allah berfirman :
"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk). Dia akan membuka dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit..." (Al-An'am:125)

Hanya orang yang dikehendaki oleh-Nya sahaja yang dapat memiliki nikmat Islam. sebagaimana yang ternyata di dalam dalil diatas. maka, tidakkah kita patut bersyukur?? lahir-lahir sahaja kita diperdengarkan dengan laungan Allahuakbar, membuktikan kita anak orang Islam... cuba renungkan ek....

"Dan adapun orang-orang yang fasik (kafir), maka tempat kediaman mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka, "Rasakan azab neraka yang dahulu kamu dustakan," (As-Sajdah : 20)

Telah Allah nyatakan dalam dalil di atas, dimana orang-orang yang kafir yakni yang bukan Islam sudah semestinya akan dijadikan neraka sebagai tempat tinggal mereka di akhirat kelak... Tp kita umat Islam potensi merasai syurga tetap ada jika nak dibandingkan dengan yang kafir tidak langsung... maka, tidakkah kita patut bersyukur??

Ingatlah wahai kawan-kawan ku,
"Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Az-Zumar : 22)

ternyata tidaklah sama umat Islam dengan yang lain.. sebagaimana firman Allah kita disuruh untuk berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.... Jadi mengapa perlu kita ikut budaya mereka yang lain.. Dari ujung rambut sampailah ke ujung kuku ibu jari tu... terutamanya budaya Eropah, yang saban hari ni, remaja sekarang dok bangga-bangga ikut.... Lihat dari segi pemakaian sahaja sudah cukup... dok tayang sana tayang sini.... mana letaknya maruah diri.... Kalau dah berstatuskan Islam, buat cara Islam.... Islam tak suruh pun macam tu...

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam), sesuai fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu....." (Ar-Rum : 30)

Kita tau minta macam-macam dari Allah, tapi apa yang kita beri kepada Allah sebagai balasan?? tidak malukah kita kepada Sang Pencipta.... Dia yang mencipta kita dan pada-Nya jualah kita dikembalikan.... bayangkanlah saat dan ketika dimana kita akan ditanyakan mengenai apa yang kita perbuat di dunia dimana pada waktu itu tiada siapa pun yang akan bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan melainkan hanya diri kita sendiri... maka, tidakkah kita patut bersyukur?? Dilahirkan dalam agama yang penuh ketauhidan... Janganlah kita yang menjadi virus yang akan mencemar nikmat Allah yang suci ini.... ingatlah, Allah telah berfirman,

".....Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur" (Saba' : 13)

Beruntunglah kita berada dalam golongan yang sedikit itu...Syukur merupakan salah satu derajat yang tinggi dari seorang hamba. Rasa syukur itulah yang dapat membuat seorang hamba menjadi sedar dan termotivasi untuk terus beribadah kepada Allah. (Fikir kembali apa tujuan kita dihidupkan). Seperti yang diceritakan dari Nabi bahawasanya beliau solat malam sampai bengkak kakinya. Ketika ditanyakan kepada beliau, “Mengapa engkau melakukan ini wahai Rasulullah, padahal sungguh Allah telah mengampuni seluruh dosa-dosamu baik yang telah lewat ataupun yang akan datang?” Maka Rasulullah menjawab, “Tidakkah aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur?” (HR. Bukhori dan Muslim)...

Sedangkan Rasulullah yang sudah dijamin syurga pun, sentiasa bersyukur, mengapa tidak kita yang masih belum pasti ni... Fikir-fikirkanlah..... Sebagai seorang Islam, apa yang sudah, patut dan perlu kita buat.... Adakah orang Islam sepatutnya begini.... Jadi marilah kita sentiasa panjatkan rasa syukur kita kepada Allah swt kerana telah membenarkan kita dilahirkan ke dunia terutamanya dalam agama Islam.... Moga kita semua sentiasa berlindung di bawah payung rahmat-Nya.... InsyaAllah....

Wallahualam....

Afwan Kathir.... Ana masih baru dalam penulisan. Mungkin banyak lagi yang perlu diperbaiki....InsyaAllah....

Afwan buat ukhtihifa, setelah sekian lama baru sekarang ana menulis post...hehe...Jzk ukhti...

Read More

....Mukaddimah....

بسم الله الرحمن الر حيم
Segala pujian ke hadrat Allah s.w.t serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

InsyaAllah, ini merupakan post pertama ana dalam blog ana yang baru sahaja ana wujudkan... =) Kiranya ana baru nak berjinak-jinak dalam blogging ni... sebelum ini sekadar melawati blog2 orang... InsyaAllah tujuan utama mestilah kerana Allah s.w.t.... ana merasakan melalui penulisan ini ana dpt berkongsi serba sedikit apa yg mungkin ana peroleh dr hasil pendengaran, penglihatan, pembacaan maupun penulisan yg segalanya merupakan nikmat yg Allah berikan dan akan dikembalikan... mungkin ini juga menjadi medium untuk saling nasihat menasihati dan utk mengingatkan kembali ana sesuatu perkara mengenai Islam khususnya... tak mampu nak sampaikan sendiri, sampaikanlah disini...

Sabda Rasulullah saw,

" اَلدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ "
Agama itu nasihat

InsyaAllah, sama-samalah kita saling nasihat menasihati untuk pembaikan...


WA

Read More

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)