بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

Monday, December 6, 2010

kasih sayangnya...


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.... kaifahalik?? Selamat menyambut awal Muharam... Moga dengan bermulanya tahun baru ini, kita bersemangat dengan azam baru.... insyaAllah... moga apa yang utamanya, kita meletakkan untuk mencari redha Allah itu yang teratas... tak kira apa jua pon yang ingin kita lakukan, kita perlulah sentiasa igt bahawa Allah sentiasa melihat dan bersama kita semua....


InsyaAllah, post ana kali ni nak kongsi hasil pembacaan ana mengenai sirah.. kalau dah sirah mestilah mengenai kekasih Allah swt dan murabbi teragung kita, Rasulullah saw... Kalau kita baca mengenai perang Al-Ahzab, banyak pengajaran yang boleh kita dapat dan jadikan tauladan sepanjang zaman...

ana nak singkapkan disini antara pengajaran yang terpenting dalam perang al-Ahzab mengenai sahsiah Rasulullah saw yang diperlihatkan betapa unggulnya kasih sayang baginda terhadap para sahabatnya...

Ia dapat dilihat dengan jelas, atas kesungguhan baginda melakukan kerja-kerja berat ketika membuat persiapan menghadapi perang al-Ahzab. baginda tidak sekadar mengarahkan para sahabat menggali parit (Khandaq), tetapi baginda turut bertungkus lumus bekerjasama memecahkan bongkah batu besar yang menghalang pembinaan benteng pertahanan... baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati... selain itu, baginda turut merasakan terlalu lapar sebagaimana para sahabat... Namun baginda tetap melakukan kerja-kerja itu bersama-sama tanpa menghiraukan apa yang baginda rasa... baginda sedar yang sahabat-sahabat juga turut berasa kelaparan kerana masing-masing tidak mempunyai bekalan yang mencukupi...

Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, rasulullah mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya..

Persoalannya... Apakah yang menyebabkan Rasulullah saw sanggup melakukan kerja-kerja berat bersama-sama para sahabat dalam keadaan terlalu lapar?? Adakah ia didorong oleh keinginan hendak mencari pengaruh dikalangan orang ramai, bagi mengekalkan kedudukan dan lain-lain kepentingan duniawi??

Tidak mungkin seorang nabi yang diasuh oleh Allah swt secara langsung memiliki sifat-sifat rendah budi seperti itu... Tanggungjawab itu memerlukan seorang yang berjiwa besar, murni dan berakhlak mulia.. Serakus manapun manusia memburu kepentingan, namun mereka tidak sanggup menggalas perut dengan batu bagi menahan lapar.. ramai manusia yang ingin mengejar sesuatu kepentingan, tetapi mereka akan memilih cara yang mudah..

Tanggungjawab rasulullah bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada manusia, bahkan bertanggungjawab memberikan kefahaman supaya orang yang menerima risalahnya, timbul rasa keinginan untuk mengamalkan ajarannya.. Justeru itu Rasulullah saw menyatakan bahawa ulama itu adalah waris para anbiya, iaitu mewarisi tugas para nabi... mereka sanggup menelan pahit getir yang ditanggung oleh para nabi semasa mengajak manusia beriman kepada Allah swt.. Lapar itu adalah fenomena biasa kepada rasulullah saw, keadaaan itu bukan penghalang untuk baginda turut melaksanakan tugas berat bersama-sama para sahabatnya... kerana kasih-sayang yang mendalam kepada para sahabat, Rasulullah saw tetap bersama mereka dalam apa jua keadaan sekalipun...

Rasulullah saw tetap merahsiakan keadaan dirinya yang sangat lapar daripada pengetahuan sahabat... tetapi seorang sahabat bernama jabir ra, terpandang ketulan batu yang dibalut pada perut baginda... oleh kerana beliau faham mengapa baginda begitu, beliau berasa simpati dan sedih lalu beliau segera pulang kerumah dan menyuruh isterinya menyediakan makanan buat Rasulullah saw...

Isteri Jabir hanya mampu menyediakan sedikit roti dan sup seekor anak kambing yang kerdil lagi kurus... Cukuplah untuk menjamu Rasulullah dan beberapa orang sahabat sahaja... Rasulullah ketika dipelawa untuk menikmati hidangan tersebut, bertanya sekadar mana makanan yang disediakan.. Kemudian, disuruhnya Saidina jabir pulang untuk memberitahu isterinya supaya membiarkan makanan yang masih belum terhidang itu, kerana baginda sendiri yang akan menghidangkannya..

Kemudiannya Rasulullah mengajak kesemua sahabat yang ada pergi ke rumah Jabir untuk makan... Baginda mengajak semua sahabatnya kerana tidak sampai hati untuk pergi menikmati jamuan dengan hanya ditemani beberapa orang sahabat, sedangkan para sahabat yang lain tidak turut serta... Biarpun makanan yang disediakan tidak banyak, namun baginda tidak mengecualikan walau seorang sahabat pun untuk menyertainya... Biarpun makanan sedikit, namun makanan yang sedikit itulah sama dicubit, asalkan suma dapat makan bersama... Kasih sayang Rasulullah mmg sgt mendalam terhadap para sahabat.. Ukhwah dan kasih sayang adalah antara ajaran penting yang ditekankan oleh rasulullah saw.... Semua para sahabat baginda mempunyai perasaan kasih sayang yang sama antara satu sama lain...

Mahu di "highlight" kan disini, cara berfikir dan bertindak Rasulullah saw sgt berbeza dari yang lain, sebagai seorang yang luar biasa, baginda tidak boleh meletakkan dirinya di bawah pengaruh dan logik kebendaan sebagaimana yang difahami oleh orang awam... Jika org awam bertindak mengikut sebab-musababnya sbgmn yg Tuhan telah tetapkan, seperti merasa kenyang kerana makan, kuantiti makanan yg sedikit tidak mencukupi untuk org ramai...

Rasulullah saw berfikir bahawa punca segala sebab itu adalah drpd Allah swt... Oleh krn keyakinan Rasulullah terhadap Allah sgt kuat maka setengah dr perkara mudah bagi Allah itu untuk menjadikan makanan yg sedikit menjadi byk... Allah swt mendatangkan keberkatan drpd mknn yg sedkit itu hingga cukup dimakan oleh ribuan ahli medan khandaq... sehingga para sahabat semuanya berasa cukup kenyang dengan mknn tersebut....

Bukan sifat seorg Nabi dan Rasul mementingkan diri sendiri dan mengabaikan org2 yg berada di sekeliling baginda... Berlapar sememangnya menjadi sebahagian pengalaman hidup Rasulullah saw... Baginda tidak tidur dalam keadaan kenyang, ketika jirannya dalam keadaan lapar...

Subhanallah.... beginilah sifat seorang pemimpin yang sebenarnya.... Baginda amat mengambil berat akan mereka yg disekelilingnya....

Begitulah sebagaimana firman Allah:
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah."
(Al-Ahzab : 21)


Kasih sayang baginda amat mendalam pada umatnya, walaupun terhadap kita yang hidup diwaktu ketiadaannya.... Baginda amat merindui kita, sebagaimana yang dikata oleh Rasululllah terhadap sahabatnya, yg baginda amat merindui ikhwannya iaitu kita, umatnya yg tidak sempat untuk melihat baginda ketika didunia... Bagaimana pula dengan kita? Baginda merindui kita... baginda menyayangi kita? baginda mengambil berat pasal kita.... Baginda sentiasa mengingati kita.... Tetapi kita??? renung-renungkanlah.... adakah amalan kita hari-hari seperti contoh tauladan kita ini?? adakah apa yg kita buat ketika ini Rasulullah buat??

Ana suka nak mengingatkan pada diri ana dan kepada sahabat, kebergantungan kita hendaklah 200% malah lebih lagi, terhadap Allah swt.... INGATLAH.... Segalanya amat mudah bagi ALLAH swt....

WA

0 comments:

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)