بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

Saturday, June 18, 2011

Seluruh dunia datang mengerumuni dunia Islam...


بسم الله الر حمن الر حيم

Assalamua'laikum... alhamdulillah, ana masih lg diberikan kesempatan untuk meneruskan penulisan... aiwah, antum apa khabar? mudah-mudahan sentiasa sihat di bawah penjagaan Allah.. Iman bagaimana? Mudah-mudahan baik2 sahaja & jgn lupa untuk terus menerus mengisi iman kita dengan makanan yg baik2 ye... Apa khabar keluarga antum? Moga baik2 juga... Pasti antum gembira bersama-sama mereka kan... Kawan-kawan?
Pasti antum juga ceria-ceria sahaja bersama mereka.... main2 bersama, gelak ketawa bersama, keluar berjalan bersama, shopping sama-sama... (>_<) alhamdulillah, Allah memberi peluang dan ruang untuk kita merasai nikmat-nikmat kegembiraan dari-Nya....




Saudara-saudara antum bagaimana pula? Mereka baik? mereka sihat? Mereka bersama-sama antum tak? erm... persoalan yg mungkin ana pun sukar untuk menjawabnya.... Mereka mungkin baik-baik sahaja tapi ana tak yakin mereka sedang bergembira... mereka mungkin sihat tapi ana tak yakin mereka ada menanggung apa-apa kesakitan ke tak... erm...kadang-kadang ana igt mereka, tapi kebanyakan masanya ana mungkin tidak terfikirkan mereka... ana igt bila ada yg mengingatkan, tapi bila tiada apa2 berita, ana lupa....



itulah dia rancangan yahudi laknatullah... Sentiasa cuba melekakan kita dengan hiburan yg melalaikan kalian semua... Setiap masa ada sahaja cerita mahupun rancangan yang membuatkan kita lebih mahukan masa untuk itu... Sedarkah kalian, kita disini diperalatkan oleh mereka dengan hiburan yang lagha dan melalaikan.... Sedangkan saudara kita di bumi Islam sana, sedang mereka musnahkan... Inilah dia perang pemikiran yg kita hadapi supaya kita terus dan terus leka sementara mereka berperang bersama rakyat Palestine supaya mereka dapat menakluki bumi Baitul Maqdis untuk misi mereka menubuhkan kuil mereka pada tapak masjid kita umat Islam....Na'uzubillah... Patutkah kita biarkan? Patutkah kita buat tidak ambil peduli... kita mengaku kita umat Islam, kita mengaku Allah itu Tuhan kita, kita mengaku kita umat Nabi Muhammad, tapi apa yg kita buat? adakah umat Nabi Muhammad merupakan mereka yg mementingkan untuk menghabiskan cerita di TV dahulu baru solat, adakah mereka yg mudah untuk menceritakan sejarah artis berbanding sirah Rasulullah dan para sahabat? Kalian igtlah, bukan TV & artis yg kita akan bawa di akhirat kelak....

Kesian pada kita sebenarnya, walaupun tidak turut berperang bersama-sama mereka sehingga berdarah menanggung kesakitan, tetapi kita lebih sakit sebenarnya.... mereka sakit macam mana pun tetapi gembira menanti gelaran syahid dan syurga yg menanti dalam erti kata lain mahu aje mati.... kita?? Takut untuk mati...kononnya gembira dgn kehidupan kita yg penuh hiburan ni, tetapi bakal sakit menangung azab Ilahi disana nanti... Mana pilihan kalian?? tidaklah ana menyuruh kalian untuk turut berperang disana... Tidak... Kita boleh aje bantu mereka dari tempat tidur kita... Tapi caranya, betulkan diri kalian dulu... InsyaAllah, memang Hidayah itu Allah yg bg... Tapi kita kena berusaha untuk mendapatkannya....



Seluruh dubia datang mengerumuni dunia Islam

InsyaAllah, ini hadis yg ketiga yg sesuai juga dgn masa kita sekarang ini.... maksudnya tanda akhir zaman yg seterusnya yg kita dah dpt pon... Tandanya yg ada pada diri ramai umat Islam kini... Kita digerumuni sebagaimana terjadinya di Palestine serta beberapa negara Islam lainnya dan diberi sakit wahan sebagaimana pula kita yg sentiasa leka dgn hiburan....

Sebenarnya kekalahan kaum muslimin yg dinyatakan didalam buku yg disusun oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dr penyakit "wahan" yg merupakan penyakit campuran dari dua unsur yg selalu wujud dlm bentuk kembar dua, iaitu "cintakan dunia" dan "takutkan mati"... Kedua-duanya tak dpt dipisahkan. "cintakan dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil tak mahu dermakan harta di jln Allah swt.. manakala "takut mati" pula leka dengan kehidupan dunia dan tak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tak ada perasaan utk berkorban dgn diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah...

Maka, renung-renungkanlah... Kita sudah makin hampir ke negeri akhirat... Apakah persiapan kita? Apa yg mahu kita persembahkan kepada Allah kelak? Mudah-mudahan kita sentiasa di bawah payung rahmat-Nya.... Ameen.... Doakan utk saudara kita juga... (",)/


Wallahu'alam....

0 comments:

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)