بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

Penerokaan yang menakjubkan......


بسم الله الحر حمن الر حيم
السلام عليكم buat semua... Mudah-mudahan hari ini kita dapat mengharungi kehidupan yg lebih baik dari semalam... InsyaAllah...

Alhamdulillah, ana masih lg diberi kesempatan utk membuat post yg baru... InsyaAllah tajuk hari ini simple sahaja... Mcm tak sesuai je pulak guna ayat simple, erm... mksd ana tajuk yg mungkin semua muslim tahu, tp ana nak cerita jgk...hehe... bkn apa ianya mungkin sekadar peringatan kepada rakan-rakan yg dah tahu (buat ana juga, sudah tentunya), sebagai pertambahan ilmu buat adik-adik (kalau tau lah adik-adik kecil nie guna internet) dan mungkin juga sebagai pertambahan laman web yg mungkin akan di cari atau di 'scroll' oleh mana-mana hamba Allah bila die klik mengenai
Isra' dan Mikraj...


9 julai 2010 bersamaan 27 Rejab 1431H, merupakan hari isra' mikraj.. tp bukanlah hari berlakunya isra' mikraj, ia adalah tarikh memperingati isra' mikraj yg mananya telah berlaku pada 27 Rejab tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah... tp tahun nie ada beza pendapat..

Peristiwa ini merupakan perjalanan Rasulullah saw merentasi sempadan bumi, merentasi langit-langit, medan cakerawala alam semesta hingga sampai kehadrat qudsiyyah di Sidratul Muntaha bersujud di sana kepada Allah swt..

Perjalanan beliau menaiki Buraq seekor binatang tunggangan para anbiya' dimana ianya sepantas kilat selaju cahaya dari rumah Ummu Hani di perkarangan Baitillah al-Haram hingga ke Baitil Maqdis, markas para anbiya'...

Dari sana baginda diangkat dengan penuh keajaiban hingga melalui setiap langit yang pertama hingga yg ketujuh bertemu dengan roh suci para anbiya'.. Maka dengan ini terakurlah kenabian Nabi teragung Muhammad saw pada para anbiya' yang terkemuka..

Ketika di Sidratul Muntaha, Allah menfardhukan solat sebanyak 50 waktu.. Tetapi ketika turun selepas bertemu Allah, Rasulullah disapa oleh Nabi Musa a.s. lalu ditanya apakah titah perintah Allah buat baginda... Lalu dijawabnya baginda : "50 waktu solat"... Lalu Nabi Musa menasihati baginda agar bertemu semula kehadrat Allah swt, dan meminta keringanan kerana bimbang umat Nabi saw akan menjadi seperti umat Nabi Musa yg byk membantah dan meninggalkan perintah Tuhan sedangkan mereka lebih gagah tubuh badan...

Selepas meminta pandangan Jibrail, maka Nabi pun pulang menghadap Allah memohonkan diperkenankan permintaannya dan ianya diterima Allah... setelah beberapa kali turun dan dinasihatkan lagi oleh Nabi Musa, akhirnya diperintahkan solat sebanyak 5 waktu sahaja... Itupun kalau tidak kerana sudah rasa malu mungkin Rasulullah akan naik semula minta lagi keringanan..

Nabi Musa memang amat perihatin sebab pengalamannya sudah cukup untuk diambil ikhtibar.. sebab itulah jika dilihat dalam Al-Quran lebih banyak dikisahkan mengenai Nabi Musa berbanding nabi-nabi lain untuk menjadi panduan buat baginda...

Dalam perjalanan baginda antara masjidil Haram dan masjidil Aqsa, baginda melalui banyak pengalaman pahit dan manis.... antaranya:
  • orang yg memakan harta anak yatim mempunyai mulut yg terbonjol keluar seperti mulut unta, ditangan mereka mereka genggam bara api yg kemudiannya dimasukkan ke dalm mulut2 mereka lalu tembus keluar melalui dubur mereka.
  • mereka yg mengamalkan riba', terlihat perut mereka yang buncit melampau hingga tak mampu ditanggung.
  • pengamal zina yg diberi dua jenis daging busuk dan segar tetapi hanya yg buruk mereka pilih untuk dimakan.
  • Baginda di panggil dari pelbagai arah namun tidak disahut yakni oleh Yahudi, Nasrani dan dunia.
  • Nabi juga diriwayatkan dikejar oleh 'Ifrit namun setelah diajar oleh Jibrail suatu doa maka Ifrit pun tersungkur.
  • Baginda lalu di kubur Nabi Musa dan baginda melihat Nabi Musa sedang bersembahyang.
  • Baginda terbau harum semerbak kasturi dari kubur Mashitah tukang sisir rambut puteri firaun yg mati syahid keran pertahankan iman.
  • Nabi di Masjid al-Aqsa dipersilakan Jibrail menjadi imam keatas roh para anbiya'.
  • Kemudian Nabi dihidang dengan 2 jenis minuman, susu dan arak tapi baginda memilih susu. Maka Jibrail menyatakan bahawa baginda telah memilih fitrah umat ini.
  • Baginda berpeluang melihat rupa sebenar malaikat Jirail.
  • Selain itu, dapt juga melihat tentera-tentera malaikat.
  • Baginda dapat melihat alam semesta, yang merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.
  • Bahkan yang terbesar, baginda dapat bersujud ke hadrat Allah di Sidratul Muntaha lalu memuji Allah dengan pelbagai pujian...
Inilah yg dikatakan sebagaimana firman Allah:
"Untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami"
(Al-Isra' : 1)

Hikmah dan Pengajaran:
  1. Besarnya hubungan Masjid al-Aqsa dengan Islam. Allah sendiri yang menamakannya dengan al-Masjid al-Aqsa sebelum Islam sampai ke sana lagi dan ini jelas membuktikan bahawa ia milik Islam dan umat Islam buat selama-lamanya. Maka pencerobohan keatasnya menunjukkan pencerobohan ke atas Islam. Oleh itu, kewajipan ke atas setiap muslim mempertahankan dan memperjuangkan kebebasannya dengan nama Islam
  2. al-Isra' dan al-Mikraj merupakan ujian bagi keimanan setiap manusia. Dengan berlakunya peristiwa ini manusi dilihat terbahagi kepada beberapa golongan. Golongan kafir terus bersorak gembira membuat alasan untuk menghina dan meninggalkan Islam, Golongan yang lemah keislamannya menjadi bingung dan ada yang menjadi murtad. Tetapi golongan yang kuat iman seperti para sahabat terus setia bersama Islam.
Firman Allah :
"Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia" (al-Isra' : 60)

Isra' dan Mikraj merupakan satu penerokaan pertama manusia dengan kelajuan yang amat menakjubkan. Penerokaan yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh mana-mana manusia.. Hebatkan Allah.... huhu... Maka tak hairanlah Allah sendiri telah memuji Diri-Nya diawal peristiwa ini dalam al-Quran...

Read More

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)