بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

Wednesday, June 8, 2011

Akhir Zaman... bersediakah kalian??

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, dimana Dia masih lagi memberikan ana peluang untuk terus menulis dalam blog ni... hehe... lama sungguh tidak update blog... Afwan kathir ana sgt bz dalam menempuh semester akhir pengajian... mcm2 perkara perlu diselesaikan terutamanya nak menghasilkan tesis kajian sendiri... Tp alhamdulillah kini ianya telah pun berakhir... Cuma sekarang sedang menjalani Latihan Industri di Lembaga Koko Malaysia bersama sahabat tersayang sebelum kami konvo insyaAllah pd september ini.... Alhamdulillah, sudah sebulan berlalu, masih tinggal lagi 2 bulan... Mudah-mudahan dapat dipermudahkan segala urusan kami...InsyaAllah...

Sebenarnya, ana memang nak sgt update blog... Tp dalam bab penulisan ni mmg lemah.. Tp juga niat dihati mestilah diteruskan... Setelah lama berfikir, alhamdulillah, Allah telah memberikan satu ruang buat ana untuk memikirkan cara terbaik bagi meneruskan berblogging... InsyaAllah, pada post ana kali ini dan yg akan datang ana mahu melebihkan tumpuan pada pesanan Rasulullah pada peristiwa di akhir zaman... Antum mesti tahu kan, bahawa kita kini telah berada di akhir zaman... Atau dalam erti kata lainnya, kita inilah yang merupakan umat akhir zaman... Persoalannya bersediakah antum? Ana sendiri masih samar2 untuk menjawabnya... Tp sebenarnya kita kena sentiasa bersedia untuk menempuhnya...kerana... bukanlah akhir zaman sahaja yg akan tiba, tp kematian boleh juga jadi pada bila2 masa...rite?



Baiklah... InsyaAllah, ana nak mengajak kawan-kawan semua, untuk merenung kembali pesanan Rasulullah mengenai peristiwa akhir zaman... dimana kalau kita lihat banyak yang disampaikan baginda telah berlaku kini... InsyaAllah, penyampaiannya akan ana sampaikan dalam bentuk wallpaper, yg mungkin dpt menarik minat pembaca (tu pon kalau cantiklah kan..kalau x brp, afwan ...>_<... ) dan boleh dimuat turun.... Ana juga mungkin mahu mengetengahkan mengenai hadis2 ini kerana ana merasakan kita mmg perlu tumpu kepada kehidupan kita di akhirat kelak... Jika dilihatkan kepada dunia sekarang, sungguh menyedihkan... pembunuhan sana sini dgn mcm2 cara, yang perempuannya dirogol sesuka hati, datuk & nenek sendiri sanggup dibelasah... Mana letaknya nilai kemanusiaan?? Sedangkan telah Rasulullah mengajar kita dengan sebaik-baiknya, sebagaimana yg dikatakan kita ini adalah sebaik-baik umat... Sedih juga bila ana memikirkan yg ana hanya mampu untuk membaca atau mungkin melihat tetapi tidak mampu untuk berbuat apa2... Sedih juga apabila sekarang ini, org pandai nak berkata2 siap mengeluarkan dalil2, tetapi apabila melihat pada diri sendiri, x berbuat pon...malah dalil tersebut boleh diolah mengikut kesedapan diri sendiri tanpa ada sokongan dr ulama'... Ingatlah pesan Allah yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saf : 2-3)

Renung-renungkanlah, biarlah kita bersusah-susah dahulu... InsyaAllah, ganjarannya kelak sangat besar disisi Allah... memang benar perjalanan menuju redha Allah ini payah & meletihkan.. Tetapi janji Allah itu sangat indah.... Kehidupan didunia hanyalah sementara, kehidupan akhirat adalah kekal selamanya... Syurga?? Neraka?? InsyaAllah, kita lah yg menentukan untuk berusaha mencapainya.... Wallahu'alam....


p/s : InsyaAllah, wallpaper tersebut boleh didapatkan di post2 ana yg akan dtg & ana akan juga letakkan pada pages SH Arts : Hadis... Nantikan ye.... Jazakumullah....


0 comments:

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)