بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

Thursday, June 9, 2011

Takwa & perpaduan asas keselamatan akhir zaman

بسم الله الر حمن الر حيم

Takwa & perpaduan asas keselamatan akhir zaman

Hadis ini merupakan pesanan-pesanan daripada Rasulullah saw buat umatnya yang sangat berharga dan penting. Khususnya bagi mereka yang menghadapi zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan, dimana boleh ana singkapkan disini adalah zaman yang kita semua hadapi sekarang ini, yang penuh dengan permusuhan dan pertelingkahan yg bukannya melibatkan kaum mahupun agama yang berlainan sahaja malah diantara mereka yang bangga menyatakan diri mereka adalah umat Islam. Oleh itu, sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadis diatas, iaitu :




Hendaklah dia sentiasa bertakwa kepada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun dengan melakukan amar ma'ruf nahi mungkar

Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal kaum muslimin walaupun seandainya mereka merupakan dari golongan hamba, selagi mereka masih berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi serta sunnah Khulafa Ar Rasyidin. Ini kerana patuh kepada penguasa seperti ini bererti patuh juga kepada Al-Quran dan Hadis.

Berpegang teguh kepada sunnah-sunnah Rasulullah dan Khulafa Ar-Rasyidin yg mana mereka telah mendapat petunjuk drpd Allah Ta'ala. Maka berpegang teguhlah kepada fahaman dan amalan ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yg mendapat jaminan selamat drpd api neraka dan bertuah mendapatkan syurga di akhirat kelak. InsyaAllah

Menjauhi perkara-perkara bida'ah, iaitu fahaman dan amalan yang ditokok tambah ke dalam ajaran islam yang memang sudah cukup sempurna ini. Perkara bida'ah ini tidak berasaskan pada mana-mana dalil mahupun sunnah yang boleh kita sesuka hati mengikutinya.

Jadi, wahai sahabat sekalian sama-samalah kita renungkan hadis diatas, adakah benar negara kita kini mengamalkan apa yang disuruh oleh Rasulullah? Benarkah kita ini dipimpin oleh mereka yang bermujahadah menegakkan kalimah لا اله الا الله ... Wallahu'alam

0 comments:

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)