Thursday, January 6, 2011
Muslimah memang tak guna.....
Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.
Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.
Ya, kami masih lagi muslimah tak guna kasut-kasut bertumit tajam, kerna kami sayang bumi kami. Bumi ini juga bernyawa dan pastinya setiap yang bernyawa pasti mempunyai perasaan. Kami takut kasut tumit tajam kami akn menyakitkan bumi ini. Kami sedar satu hari nanti, kami akan berada dalam bumi ini. Kami takut akan di balas pula perbuatan kami dengan tusukan yang kami sendiri tidak dapat menanggungnya.
AURAT. Apa definisinya pada kalian?
“Ala, pakai tudung dah kira tutup aurat la tu…”
Pakai tudung dan berbaju t-shirt, sudah sempurna tuntutan menutup aurat kalian? Tudung pendek menampakkan dada itu menutup aurat pada kalian? Baju jarang dan sempit itu menutup aurat. Itu tidak di sentuh hal seluar lagi. Aduh, makin sakit mata makcik-makcik yang memandang melihat gaya seluar yang menjelikkan kini. Untuk apa berbaju jika sudah tahu di mana tanda lahirnya. Untuk apa berseluar jika mahu diberitahu saiz pinggangnya. Untuk apa berbaju dan berseluar jika boleh diteka apa yang ditutupinya.
Mungkin pada kalian menutup aurat adalah menutupi keaiban kalian. Tapi pada kami, menutup aurat adalah menutup bahagian-bahagian terindah pada kami. Yang kami tutup bukanlah rabut rosak yang penuh dengan kelimumur. Yang kami tutup bukan juga parut-parut luka jatuh pokok di waktu nakal dahulu. Yang kami tutup adalah kecantikan yang kami jaga rapi untuk kalian yang berhak menatapnya. Kami jadikan kalian yang pertama melihatnya, bukan yang ke 25 ataupun yang terakhir setelah puas orang lain menatapnya. Amanah ini kami jaga kerna pada kecantikan-kecantikan ini juga terletak maruah kami, maruah ibubapa kami, dan yang paling utama maruah agama kami. Kami tidak mahu kalian terkeliru dan tertipu dengan identiti kami. Kami muslimah bukan Harajuku girl, mahupun gadis barat berkulit sawo matang dan berambut blonde.
Isu tudung dan aurat ini tidak pernah akan menjadi isu basi kerna ianya perlu diingatkan selalu. Apa yang kami perlihatkan pada kalian mungkin pada kalian adalah kehodohan semata, tapi kami peduli apa, kami tak ingin cantik di mata kalian, tapi kami mahu cantik di mata ALLAH, KEKASIH awal dan akhir kami…
Hasil petikan dari tautanhati.asasian.net
2 comments:
Kain-kain jarang pada kami hanya untuk di buat kain langsir
January 6, 2011 at 7:32 PMKami juga tak guna baju-baju adik kami untuk dibawa berjalan ke bandar
baju kami tidak perlulah jarang atau berlubang-lubang atau senteng
:P
tapi kadang2 sebab didikan parents jugak.apa pun, lepas dah baligh, dan mapu berfikir sendiri, maka, pilihlah yg terbaik di sisi Allah.
ana nak share,
dulu2, ayat ayng paling terkesan utk ana utk transform adalah ayat al ahzab ayab 59.
Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.
dan yg paling menguatkan adalah part ini,
karena itu mereka tidak diganggu
n nak share jgk. penggunaan high heels, atau kasut tumit tinggi memang x bagus utk kesihatan. sebab tumit yg begitu kecil akan menyebabkan lutut akan menanggung beban pressure yg tinggi. sbb tu ,uda2 dah sakit lutut.
maka, sebenarnya, setiap yg Allah larang n ssaran tu, ada significant nye :)
-akak, lamanye menyepi-
Salam ukhti...
January 6, 2011 at 8:45 PMhuhu...bz yg amat tahun 3 nie...
tp insyaAllah, fikiran tidaklah hy tumpu pd kerja2 dunia.... hehe...
herm...benar ukhti... walauapapun, kita kena berbalik pd Allah....
Segala apa yg Allah perkatakan dalam Al-Quran mmg ada hikmah disebaliknya...
Dia yg mencipta kita, maka hy Dia yg tahu...
Tp ukhti....
sedih bila ada yg tak faham apa sebenarnya yg Allah suruh....
mereka pandai berkata2 seolah2 itu yg benarnya....pandai cuba nak gunakan kata2 islamik....
tp..... erm..... ntah lah...
mereka tak faham....
mahu ditegur risau dikatakan kita ini menyebuk.... Mudah-mudahan mereka diberi pertunjuk...
afwan, sekadar curhat....
sedih melihat kawan-kawan di luar sana....
Post a Comment