بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

Tuesday, June 28, 2011

Ilmu agama beransur - ansur hilang


بسم الله الر حمن الر حيم

Assalamu'alaikum sahabat sekalian... moga sentiasa beroleh rahmat Allah... Alhamdulillah, sudah dua bulan ana berpraktikal... InsyaAllah tinggal lagi sebulan untuk bermujahadah ulang alik dari Seremban ke Nilai... hehe...

InsyaAllah, ana nak sambung topik mengenai hadis akhir zaman yg seterusnya... Alhamdulillah, sepanjang berada di rumah nie ana dan sahabat cuba untuk mengisi iman kami dengan ceramah dr Ustaz Azhar Idrus sepanjang perjalanan di Highway LEKAS... InsyaAllah, inilah cara terbaik yg cuba kami lakukan untuk menggantikan halaqah yg tak dpt kami join ketika cuti + praktikal nie...

Yelah, iman kita perlu sentiasa dijaga, nak2 ketika berada di rumah... Ana akui dan ini juga selalu ana dgr dr akhwat2 dimana, "risau bile dirumah, lebih tertarik kepada benda2 yg lagha..".. =) hehe... Tapi ana percaya, selagimana kita mahukan kebaikan, kita akan cuba untuk perolehnya... Sebagaimana yg pernah ana dgr di radio IKIM, motivasi seorang ustaz nie dgn tajuk "mengajar anak mengikut zaman".... dimana nak disimpulkan disini, kita perlu kreatif dan bijak dalam membawa keluarga kita ke arah kebaikan.... sebab kita mmg perlu ada masa untuk keluarga (mengajar agama kpd mereka) dan ada masa untuk belajar agama... ramai yg akui even ustaz ini sendiri, keluarga sendiri mmg susah nak kita ajar... nak2 org2 skrg nie lebih kpd dunia IT dan hiburan... Jadi ianya terpulang pd kita sendiri untuk bijak mengatur langkah, agar ILMU-ILMU AGAMA ini tidak pupus dek telan zaman...



masa yg tidak cukup bukanlah alasan untuk kita tidak belajar dan mengajar agama kepada keluarga mahupun org lain.... kononnya sibuk dgn hal2 kerja... salah tuuuuu...... Cuba kita bandingkan perbezaan masa kita dgn Rasulullah... Rasulullah juga manusia seperti kita, walaupun baginda kekasih Allah, tapi tetap byk dugaan dan cabaran yg perlu baginda lalui dalam mengembangkan Islam yg sebenar kepada umatnya... Dr Mekah ke Madinah, even para sahabat tanpa kenderaan seperti kita, mereka berjalan sehingga Islam kini terbentuk dimana2... Tapi baginda tetap juga ada masa dgn keluarganya, baginda kreatif menjadikan perjalanannya untuk berdakwah, diselitkan dgn masa baginda berlumba lari dgn isterinya, Saidatina Aisyah... Bayangkan betapa bijaknya Rasulullah, yg dah mmg jamin ahli syurga malah mendapat title kekasih Allah, tidak pernah beralasan dalam agama.... Kita?? yg tak tahu lagi kediamannya dimana kelak, masih lagi was2, masih lagi ragu2...

Ayuh, bangkitlah.... kerana sebagaimana hadis diatas:-


Ilmu agama akan beransur hilang


Mungkin kita masih lagi tidak sedar sebenarnya kita kini telah KEHILANGAN RAMAI ALIM ULAMA'... kalau nak cari yg masih tinggal pun susah... itupun belum tentu ada yg nak mencari mereka... Sebagaimana yg dikatakan oleh Ustaz Abu Ali al-Banjari, "Kalau pepatah melayu mengatakan, patah tumbuh hilang berganti", maka pepatah ini tidak sesuai digunakan untuk ulama', kerana patah tumbuhnya, susah diganti susah dicari.... Selepas Rasulullah wafat, tiada lagi Rasul... Selepas sahabat2 wafat pun, tiada lagi yg menyerupai ilmu2 sahabat... Imam2 dahulu pun selepas wafat, kemudiannya tiada juga seperti mereka yg mampu menghafal beratus2 ribu hadis sebagaimana yg terdapat dalam dada mereka...
Apatah lagi kita??

Ini tak, org sekarang, dah lah terang2 Ilmu agama takda, yelah tudung tak pakai, kalau pakai tudung pun, baju ketat yang teramat, lengan pendek dan sebagainya, lepas tu berani main2 dgn dalil Allah.... Membuat tafsiran sendiri tidak berpandukan mana2 kitab ulama'... tapi mereka2 inilah yg org lebih suka nak ikut... org lebih byk minta pandangan.... patutkah kita menggelarkan dia sebagai org alim sekiranya dia tidak memakai tudung?? patutkah kita menggelarkan dia sebagai ulama' sekiranya dia memakai baju ketat??
Sudah terang2 Rasulullah cakap
" 2 golongan yg menjadi ahli neraka iaitu, wanita yg berpakaian tetapi telanjang dan kepala mereka bagaikan bonggol unta yg senget"

JADI!! Layakkah ahli neraka dikatakan org alim ulama'..... Fikir2kanlah.....
Orang muslim sejati sahaja yg layak memperoleh syurga Allah yg teramatlah indah... Ana suka dgn ayat "MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS"... maksudnya, untuk peroleh syurga Allah, kita perlu bersusah payah dahulu... Allah pon da cakap, syurga untuk org2 soleh je.... Org yg kita tgk soleh pun, masih risau dptkah dia peroleh syurga tue.... Sbb org2 yg beriman akan sentiasa fikir amal dia tidak cukup untuk dptkan syurga tersebut.... Ni kan pula org yg kurangnya ilmu agama, yg menjadikan hiburan sebagai peneman setiap hari, yg menjadikan tv sebagai pengisi masa, yg menjadikan teman lelaki / teman wanita penghibur duka, yg menjadikan org Jahil memimpin mereka...

Kalau org ulama' sendiri mereka tindas, mereka maki, mereka tolak ketepi. org kafir mahupun fasik ditambah pula dgn jahil dijadikan pula sebagai pemimpin, penunjuk arah, penentu masa depan, alamat AHLI NERAKA lah mereka... Termasuklah yg turut serta menyokongnya....
Kerana Allah telah bersabda :
"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu)." (Ali Imran :28)

"(yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka, sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." (An Nisa' : 139)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kalian mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksa kalian)?" (An Nisa' : 144)

Kesimpulannya, janganlah kita mengikut orang2 munafik lalu kita juga menjadi munafik, yang jaminannya pasti akan ke NERAKA JAHANAM....

~Wallahu'alam~

0 comments:

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)