بسم الله الر حمن الر حيم
....................wallpaper islamic link di bawah....................

kasih sayangnya...


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.... kaifahalik?? Selamat menyambut awal Muharam... Moga dengan bermulanya tahun baru ini, kita bersemangat dengan azam baru.... insyaAllah... moga apa yang utamanya, kita meletakkan untuk mencari redha Allah itu yang teratas... tak kira apa jua pon yang ingin kita lakukan, kita perlulah sentiasa igt bahawa Allah sentiasa melihat dan bersama kita semua....


InsyaAllah, post ana kali ni nak kongsi hasil pembacaan ana mengenai sirah.. kalau dah sirah mestilah mengenai kekasih Allah swt dan murabbi teragung kita, Rasulullah saw... Kalau kita baca mengenai perang Al-Ahzab, banyak pengajaran yang boleh kita dapat dan jadikan tauladan sepanjang zaman...

ana nak singkapkan disini antara pengajaran yang terpenting dalam perang al-Ahzab mengenai sahsiah Rasulullah saw yang diperlihatkan betapa unggulnya kasih sayang baginda terhadap para sahabatnya...

Ia dapat dilihat dengan jelas, atas kesungguhan baginda melakukan kerja-kerja berat ketika membuat persiapan menghadapi perang al-Ahzab. baginda tidak sekadar mengarahkan para sahabat menggali parit (Khandaq), tetapi baginda turut bertungkus lumus bekerjasama memecahkan bongkah batu besar yang menghalang pembinaan benteng pertahanan... baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati... selain itu, baginda turut merasakan terlalu lapar sebagaimana para sahabat... Namun baginda tetap melakukan kerja-kerja itu bersama-sama tanpa menghiraukan apa yang baginda rasa... baginda sedar yang sahabat-sahabat juga turut berasa kelaparan kerana masing-masing tidak mempunyai bekalan yang mencukupi...

Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, rasulullah mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya..

Persoalannya... Apakah yang menyebabkan Rasulullah saw sanggup melakukan kerja-kerja berat bersama-sama para sahabat dalam keadaan terlalu lapar?? Adakah ia didorong oleh keinginan hendak mencari pengaruh dikalangan orang ramai, bagi mengekalkan kedudukan dan lain-lain kepentingan duniawi??

Tidak mungkin seorang nabi yang diasuh oleh Allah swt secara langsung memiliki sifat-sifat rendah budi seperti itu... Tanggungjawab itu memerlukan seorang yang berjiwa besar, murni dan berakhlak mulia.. Serakus manapun manusia memburu kepentingan, namun mereka tidak sanggup menggalas perut dengan batu bagi menahan lapar.. ramai manusia yang ingin mengejar sesuatu kepentingan, tetapi mereka akan memilih cara yang mudah..

Tanggungjawab rasulullah bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada manusia, bahkan bertanggungjawab memberikan kefahaman supaya orang yang menerima risalahnya, timbul rasa keinginan untuk mengamalkan ajarannya.. Justeru itu Rasulullah saw menyatakan bahawa ulama itu adalah waris para anbiya, iaitu mewarisi tugas para nabi... mereka sanggup menelan pahit getir yang ditanggung oleh para nabi semasa mengajak manusia beriman kepada Allah swt.. Lapar itu adalah fenomena biasa kepada rasulullah saw, keadaaan itu bukan penghalang untuk baginda turut melaksanakan tugas berat bersama-sama para sahabatnya... kerana kasih-sayang yang mendalam kepada para sahabat, Rasulullah saw tetap bersama mereka dalam apa jua keadaan sekalipun...

Rasulullah saw tetap merahsiakan keadaan dirinya yang sangat lapar daripada pengetahuan sahabat... tetapi seorang sahabat bernama jabir ra, terpandang ketulan batu yang dibalut pada perut baginda... oleh kerana beliau faham mengapa baginda begitu, beliau berasa simpati dan sedih lalu beliau segera pulang kerumah dan menyuruh isterinya menyediakan makanan buat Rasulullah saw...

Isteri Jabir hanya mampu menyediakan sedikit roti dan sup seekor anak kambing yang kerdil lagi kurus... Cukuplah untuk menjamu Rasulullah dan beberapa orang sahabat sahaja... Rasulullah ketika dipelawa untuk menikmati hidangan tersebut, bertanya sekadar mana makanan yang disediakan.. Kemudian, disuruhnya Saidina jabir pulang untuk memberitahu isterinya supaya membiarkan makanan yang masih belum terhidang itu, kerana baginda sendiri yang akan menghidangkannya..

Kemudiannya Rasulullah mengajak kesemua sahabat yang ada pergi ke rumah Jabir untuk makan... Baginda mengajak semua sahabatnya kerana tidak sampai hati untuk pergi menikmati jamuan dengan hanya ditemani beberapa orang sahabat, sedangkan para sahabat yang lain tidak turut serta... Biarpun makanan yang disediakan tidak banyak, namun baginda tidak mengecualikan walau seorang sahabat pun untuk menyertainya... Biarpun makanan sedikit, namun makanan yang sedikit itulah sama dicubit, asalkan suma dapat makan bersama... Kasih sayang Rasulullah mmg sgt mendalam terhadap para sahabat.. Ukhwah dan kasih sayang adalah antara ajaran penting yang ditekankan oleh rasulullah saw.... Semua para sahabat baginda mempunyai perasaan kasih sayang yang sama antara satu sama lain...

Mahu di "highlight" kan disini, cara berfikir dan bertindak Rasulullah saw sgt berbeza dari yang lain, sebagai seorang yang luar biasa, baginda tidak boleh meletakkan dirinya di bawah pengaruh dan logik kebendaan sebagaimana yang difahami oleh orang awam... Jika org awam bertindak mengikut sebab-musababnya sbgmn yg Tuhan telah tetapkan, seperti merasa kenyang kerana makan, kuantiti makanan yg sedikit tidak mencukupi untuk org ramai...

Rasulullah saw berfikir bahawa punca segala sebab itu adalah drpd Allah swt... Oleh krn keyakinan Rasulullah terhadap Allah sgt kuat maka setengah dr perkara mudah bagi Allah itu untuk menjadikan makanan yg sedikit menjadi byk... Allah swt mendatangkan keberkatan drpd mknn yg sedkit itu hingga cukup dimakan oleh ribuan ahli medan khandaq... sehingga para sahabat semuanya berasa cukup kenyang dengan mknn tersebut....

Bukan sifat seorg Nabi dan Rasul mementingkan diri sendiri dan mengabaikan org2 yg berada di sekeliling baginda... Berlapar sememangnya menjadi sebahagian pengalaman hidup Rasulullah saw... Baginda tidak tidur dalam keadaan kenyang, ketika jirannya dalam keadaan lapar...

Subhanallah.... beginilah sifat seorang pemimpin yang sebenarnya.... Baginda amat mengambil berat akan mereka yg disekelilingnya....

Begitulah sebagaimana firman Allah:
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berzikir kepada Allah."
(Al-Ahzab : 21)


Kasih sayang baginda amat mendalam pada umatnya, walaupun terhadap kita yang hidup diwaktu ketiadaannya.... Baginda amat merindui kita, sebagaimana yang dikata oleh Rasululllah terhadap sahabatnya, yg baginda amat merindui ikhwannya iaitu kita, umatnya yg tidak sempat untuk melihat baginda ketika didunia... Bagaimana pula dengan kita? Baginda merindui kita... baginda menyayangi kita? baginda mengambil berat pasal kita.... Baginda sentiasa mengingati kita.... Tetapi kita??? renung-renungkanlah.... adakah amalan kita hari-hari seperti contoh tauladan kita ini?? adakah apa yg kita buat ketika ini Rasulullah buat??

Ana suka nak mengingatkan pada diri ana dan kepada sahabat, kebergantungan kita hendaklah 200% malah lebih lagi, terhadap Allah swt.... INGATLAH.... Segalanya amat mudah bagi ALLAH swt....

WA

Read More

kata, amal, uji... herm...??

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.. lama sungguh tak update blog... afwan kasira... tidaklah merasakan sudah 'give up' untuk menulis... walaupun sebenarnya mmg ye... (>.<) hehe... InsyaAllah, ana tidak akan membenarkan ianya berlaku... ana kena sentiasa igt kepada niat asal ana membuat blog.... insyaAllah, ana akan cuba untuk berkongsikan sesuatu.....
herm... benar seperti yang di katakan.... makin lama kita berada di alam tarbiyah, makin kita ingin berbuat kebaikan, makin kita ingin dekatkan diri kepada Allah, maka makin banyak ujian dan dugaan yang perlu kita tempuh... teringat akan firman Allah yang menegaskan:
"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan hal yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian Allah bahawa kamu mengatakan apa sahaja yang tidak kamu perbuat." (As-shaff : 3)
Jelas ternyata orang yang mengatakan akan diuji dahulu... sama situasinya seperti seorang guru/pensyarah, beliau mengatakan (samakan dengan tunjuk/ajar kan kan?) kemudian bile nak praktikkan mungkin dalam makmal atau lain2nya anda akan suruh beliau itu untuk lakukannya dahulu... kan kan?? (sama tak situasi??) ana tak suruh pun pensyarah ana dah panggil ke depan suruh tengok dulu... huhu... herm..?? maksudnya kita kah yang nak uji dahulu betul ke cikgu kita tu tahu apa yang dia katakan?? ataupun inikah contoh yang lebih tepat.... seorang abang yang memarahi adiknya:
Abang : kamu jangan main kat luar lagi...bising ibu nanti dah nak maghrib baru balik.
Adik : Alah abang tu, ibu bising dari malam sambung balik pagi pasal abang, tak kesah pulak
(Ini situasi bila mana abangnya bila malam keluar, balik pagi buta, tidur sampai tgh hari, petang bangun makan, dan berlakulah cycle kehidupannya disitu)
nampak disitu, bila mana kita cuba menegur seseorang tetapi kita sendiri tidak berbuat makanya orang itu tidaklah mahu mendengar kata2 kita... sebab itulah Allah menegaskan bagi mereka yang beriman terutamanya, kerana mereka ini yg akan membawa kebaikan dan mereka ini jugalah yang akan menyebarkannya..
Persoalan, siapakah orang yang beriman itu??
ok...ana jawab... mereka yang bertudung?? tudung labuh kah?? mereka yang berkopiah?? songkok?? eh... ni jawab ke, soal... erm... baik... selagi mana kita mengaku Allah itu sebagai tuhan kita, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, makanya itulah si dia yang ada iman... solat 5 waktu, ok?? puasa?? ok?? zakat bayarkan?? Haji, insyaAllah... yg udah, alhamdulillah..... hah, insyaAllah cukuplah dia untuk mendapat title orang yg beriman yang dimaksudkan.... pendek kata, yg berstatuskan Islam, itulah dia... jadi tak kira lah, tak bertudung ke, tudung pendek ke, tudung labuh ke, tudung ekin ke, tudung siti ke, tudung berjambul ke... ok stop... herm, asalkan dia Islam, kita kenalah lakukan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya...
tetapi ingat iman seseorang ini tidaklah sentiasa bersih... dan iman kita itu tidaklah berbeza berdasarkan pangkat mahupun harta... status kita semuanya sama sahaja sebagai hamba Allah... apa yang beza bagaimana kita menjaga dan membersihkan iman kita nie... contoh lagi?? erm.. mcm kereta, nak perjalanan yang lebih lancar, kena pergi servis, bersihkan enjin sumer... so, nak iman yang mantap kita kena selalu perbaiki diri... insyaAllah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit... tapi apa yang kita dah tahu, kita kena amalkan dan praktikkan.... bukan sekadar sampaikan kepada orang lain... kalau dah tahu yang itu tak boleh, so jangan buat.... benar ada kalanya ada yang kita tak mampu nak lakukan, jadinya orang mengambil keputusan mana yang tak dapat kita wat tu dibiarkan sj... baik, boleh, tapi!! adakah kita sudah cuba sedaya upayanya... sure?? atau sekadar "aku tak dpt nk lakukan spt ini"..kalau anda nak jadi seorang saintis...bolehkah anda belajar sampai yang anda mampu sahaja? boleh tak nak skip satu atau dua sem sbb rs dah tak mampu?? bole ke grad kalu mcm tu?? nak tak nak anda kena gak paksakan diri dengan sedaya upaya nya untuk habis kesemua sem untuk menjadi saintis tu kan...benar?? tidak kesahlah walaupun pointernya tidak begitu memuaskan... asalkan usahanya setimpal...samalah untuk mendapatkan tiket ke syurga... sesungguhnya Allah lebih memandang pada usaha kita... ana yakin kalau kita usaha untuk sesuatu kebaikan, nescaya Allah mempermudahkannya...insyaAllah...
herm...post ana ni sekadar ingin berkongsi apa yang ana rasa... makin bertambahnya hari di alam tarbiyah makin risau rasanya... risau bukan kerana apa, risau ana merasakan yang ana tidak mampu untuk meneruskan...risau dan tak mahu terkeluar dari jalan ini... Hidayah Allah itu, hanya Allah yang dapat bg.... Firman Allah:
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepda orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah yang lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-qashash:56)
sekali kita sudah mula terjebak atau mula terdedah untuk memilikinya, maka teruskanlah untuk mendapatkannya.... ingat, walau sekadar terbaca atau dapat dari kawan-kawan apa sahaja kebaikan maka teruslah ambil untuk diamalkan... kerana tiada satu yg kebetulan... Segalanya telah ditetapkan oleh Allah...
"setiap bencana yang menimpa dibumi mahupun diri kamu sendiri, segalanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah" (al-Hadid : 22)
mungkin itulah permulaan anda untuk memiliki hidayah-Nya.... jangan ditangguh-tangguh... "Demi masa".....
WA

Read More

Berpakaian tetapi telanjang...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuannya, Rasulullah SAW telah member amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah masuk memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat muslim no. 3971).
Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “....Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421)
Kakak memakai baju adik 8 tahun





Perbincangan ini tertumpu pada golongan kedua yang disebut dari hadis diatas. Apakah yang dimaksudkan dengan “berpakaian tetapi telanjang”? Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebahagian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau ia memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.
Didalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badannya. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “see through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner tetapi ianya tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutup rambut, sedangkan tubuh badan teserlah dengan pakaian yang ketat.
Wahai kaum hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah SAW tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga dengan penuh nikmat yang kekal selamanya.
Baginda juga menjelaskan bahawa, para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang yang melihatnya terpesona dan tergoda. Inilah cara jalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri mereka dan menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ilama’ Yaman menerangkan tentang kalimah مميلات yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini ialah isim fa’li dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya kearah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta (walaupun dalam keadaan bertudung yang menampakkan bonggol) yang kelihatan terhuyung hayang.
Kesan negatif
1. Menyusahkan para isteri
Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki
Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan, “sehingga senget orang lelaki yang melihatnya”. iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.
3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Saah satu faktornya apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insane-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sendiri sebagai mangsa.
4. Tidak menghidu bau syurga
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Sukar untuk berubah??
Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam situasi ini ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah SAW berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walaupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.
Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang [SOLUSI 21]

Bertaubatlah kamu sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Allah sentiasa membuka pintu taubat buat hamba-Nya. Marilah kita sama-sama hayati apa itu Islam yang sebenarnya…. Tidak kira dari segi apa jua, sebelum kita cuba melakukannya, kita lihat dahulu dari segi Islam bagaimana. Pemakaian tudung hanya satu sahaja yang diperintahkan oleh Allah sebagaimana dalam firman-Nya:
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, “hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang”. (Al-Ahzab : 59)
Maka, tiada yang lainnya. Tidaklah Allah suruh untuk menambahkan apa-apa atau dibuatnya tudung itu berfesyen untuk diikut oleh orang lain. Wahai sahabat,telitilah cara penutupan aurat yang sebenarnya.
Pandangan Allah itulah yang paling penting dan utama. Redha dari-Nya lah yang kita perlukan… Bukan pujian dari manusia lainnya. Kerana redha dan pahala yang Allah berikan merupakan satu-satunya bekalan kita untuk penghidupan selamanya di akhirat kelak. Kita hanya hidup didunia buat sementara, jika nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal sampai bila-bila. Entah esok lusa, kita sudah perlu menghadap Sang Pencipta. Bersediakah kalian bersoal jawab dengan-Nya??
WA

Read More

Penerokaan yang menakjubkan......


بسم الله الحر حمن الر حيم
السلام عليكم buat semua... Mudah-mudahan hari ini kita dapat mengharungi kehidupan yg lebih baik dari semalam... InsyaAllah...

Alhamdulillah, ana masih lg diberi kesempatan utk membuat post yg baru... InsyaAllah tajuk hari ini simple sahaja... Mcm tak sesuai je pulak guna ayat simple, erm... mksd ana tajuk yg mungkin semua muslim tahu, tp ana nak cerita jgk...hehe... bkn apa ianya mungkin sekadar peringatan kepada rakan-rakan yg dah tahu (buat ana juga, sudah tentunya), sebagai pertambahan ilmu buat adik-adik (kalau tau lah adik-adik kecil nie guna internet) dan mungkin juga sebagai pertambahan laman web yg mungkin akan di cari atau di 'scroll' oleh mana-mana hamba Allah bila die klik mengenai
Isra' dan Mikraj...


9 julai 2010 bersamaan 27 Rejab 1431H, merupakan hari isra' mikraj.. tp bukanlah hari berlakunya isra' mikraj, ia adalah tarikh memperingati isra' mikraj yg mananya telah berlaku pada 27 Rejab tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah... tp tahun nie ada beza pendapat..

Peristiwa ini merupakan perjalanan Rasulullah saw merentasi sempadan bumi, merentasi langit-langit, medan cakerawala alam semesta hingga sampai kehadrat qudsiyyah di Sidratul Muntaha bersujud di sana kepada Allah swt..

Perjalanan beliau menaiki Buraq seekor binatang tunggangan para anbiya' dimana ianya sepantas kilat selaju cahaya dari rumah Ummu Hani di perkarangan Baitillah al-Haram hingga ke Baitil Maqdis, markas para anbiya'...

Dari sana baginda diangkat dengan penuh keajaiban hingga melalui setiap langit yang pertama hingga yg ketujuh bertemu dengan roh suci para anbiya'.. Maka dengan ini terakurlah kenabian Nabi teragung Muhammad saw pada para anbiya' yang terkemuka..

Ketika di Sidratul Muntaha, Allah menfardhukan solat sebanyak 50 waktu.. Tetapi ketika turun selepas bertemu Allah, Rasulullah disapa oleh Nabi Musa a.s. lalu ditanya apakah titah perintah Allah buat baginda... Lalu dijawabnya baginda : "50 waktu solat"... Lalu Nabi Musa menasihati baginda agar bertemu semula kehadrat Allah swt, dan meminta keringanan kerana bimbang umat Nabi saw akan menjadi seperti umat Nabi Musa yg byk membantah dan meninggalkan perintah Tuhan sedangkan mereka lebih gagah tubuh badan...

Selepas meminta pandangan Jibrail, maka Nabi pun pulang menghadap Allah memohonkan diperkenankan permintaannya dan ianya diterima Allah... setelah beberapa kali turun dan dinasihatkan lagi oleh Nabi Musa, akhirnya diperintahkan solat sebanyak 5 waktu sahaja... Itupun kalau tidak kerana sudah rasa malu mungkin Rasulullah akan naik semula minta lagi keringanan..

Nabi Musa memang amat perihatin sebab pengalamannya sudah cukup untuk diambil ikhtibar.. sebab itulah jika dilihat dalam Al-Quran lebih banyak dikisahkan mengenai Nabi Musa berbanding nabi-nabi lain untuk menjadi panduan buat baginda...

Dalam perjalanan baginda antara masjidil Haram dan masjidil Aqsa, baginda melalui banyak pengalaman pahit dan manis.... antaranya:
  • orang yg memakan harta anak yatim mempunyai mulut yg terbonjol keluar seperti mulut unta, ditangan mereka mereka genggam bara api yg kemudiannya dimasukkan ke dalm mulut2 mereka lalu tembus keluar melalui dubur mereka.
  • mereka yg mengamalkan riba', terlihat perut mereka yang buncit melampau hingga tak mampu ditanggung.
  • pengamal zina yg diberi dua jenis daging busuk dan segar tetapi hanya yg buruk mereka pilih untuk dimakan.
  • Baginda di panggil dari pelbagai arah namun tidak disahut yakni oleh Yahudi, Nasrani dan dunia.
  • Nabi juga diriwayatkan dikejar oleh 'Ifrit namun setelah diajar oleh Jibrail suatu doa maka Ifrit pun tersungkur.
  • Baginda lalu di kubur Nabi Musa dan baginda melihat Nabi Musa sedang bersembahyang.
  • Baginda terbau harum semerbak kasturi dari kubur Mashitah tukang sisir rambut puteri firaun yg mati syahid keran pertahankan iman.
  • Nabi di Masjid al-Aqsa dipersilakan Jibrail menjadi imam keatas roh para anbiya'.
  • Kemudian Nabi dihidang dengan 2 jenis minuman, susu dan arak tapi baginda memilih susu. Maka Jibrail menyatakan bahawa baginda telah memilih fitrah umat ini.
  • Baginda berpeluang melihat rupa sebenar malaikat Jirail.
  • Selain itu, dapt juga melihat tentera-tentera malaikat.
  • Baginda dapat melihat alam semesta, yang merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.
  • Bahkan yang terbesar, baginda dapat bersujud ke hadrat Allah di Sidratul Muntaha lalu memuji Allah dengan pelbagai pujian...
Inilah yg dikatakan sebagaimana firman Allah:
"Untuk Kami memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami"
(Al-Isra' : 1)

Hikmah dan Pengajaran:
  1. Besarnya hubungan Masjid al-Aqsa dengan Islam. Allah sendiri yang menamakannya dengan al-Masjid al-Aqsa sebelum Islam sampai ke sana lagi dan ini jelas membuktikan bahawa ia milik Islam dan umat Islam buat selama-lamanya. Maka pencerobohan keatasnya menunjukkan pencerobohan ke atas Islam. Oleh itu, kewajipan ke atas setiap muslim mempertahankan dan memperjuangkan kebebasannya dengan nama Islam
  2. al-Isra' dan al-Mikraj merupakan ujian bagi keimanan setiap manusia. Dengan berlakunya peristiwa ini manusi dilihat terbahagi kepada beberapa golongan. Golongan kafir terus bersorak gembira membuat alasan untuk menghina dan meninggalkan Islam, Golongan yang lemah keislamannya menjadi bingung dan ada yang menjadi murtad. Tetapi golongan yang kuat iman seperti para sahabat terus setia bersama Islam.
Firman Allah :
"Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia" (al-Isra' : 60)

Isra' dan Mikraj merupakan satu penerokaan pertama manusia dengan kelajuan yang amat menakjubkan. Penerokaan yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh mana-mana manusia.. Hebatkan Allah.... huhu... Maka tak hairanlah Allah sendiri telah memuji Diri-Nya diawal peristiwa ini dalam al-Quran...

Read More

.....Kembara.....

بسم الله الرحمن الرحيم
kerana dah tersentuh mengenai penyakit wahan nie, teringin pulak ana berkongsi satu lg lagu baru dr kumpulan saujana.. suka muzik kan?? cuba lah hayati setiap lagu nasyid memberi peringatan dan muhasabah buat kita...

Munsyid : Saujana
Tajuk : Kembara

.dunia penuh pancaroba . dari keseronakan . yang mengunji desakan nafsu . yang sering menipu jiwa dibelenggu.

.takut mati meresapi hati . hanyut dibuai gelora rasa . cintakan dunia dan cinta segala . kan membinasa.

.perjalanan bahgia . dibangun tiduri tersiksa . merentas duniawi dan membahagia . sedia menanti kan mentaati.

.syurga indahnya jaminannya . mengalir sungai . sungai susu dan madu . berbahagialah mereka disana selamanya.

.subhanaallah . alhamdulillah . allahuakbar . hasbiallah.

.maha suci Allah . syukur padanya . begitulah hamba . hamba yang bertakwa.

Read More

si kafir suka nak mencabar....

بسم الله الرحمن الر حيم
Alhamdulillah, dengan segala limpah kurnia-Nya kita masih lagi mampu bernafas dan menjalani kehidupan kita seperti biasa dan mudah-mudahan hari ini lebih baik dari hari yang sebelumnya dan mampu meraih redha Allah sebagai bekal kita untuk ke sana kelak.


ana suka nak memulakan dengan Hadis Rasulullah:

"Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati"
(dipetik dari 40 hadis umat akhir zaman)

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw itu. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka di tindas, di injak-injak, di sakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.. Sebahagiannya sudah ditindas (Palestin), sebahagian lg umat Islam sibuk dgn hal dunia, bersuka sana sini, konsert tak kira masa, yg judi dgn judinya, dgn yg mabuknya lg, yg remajanya ber'dating', sehari tak jumpa "i tak senang duduk la u, mandi tak basah, makan tak lalu", yg pempuannya "ei, u jom kita round2 kL, bosan la ddk rumah, takda wat pape, sj je nak habis cuti yg berbaki nie, dok umah pon takde keje" (baiklah tolong omak masak, dapek gak pahalo, sonangkan kojo ibu), dan yg paling femes, "Hidup ni hanya sekali, yang penting kita enjoy... (",)/ " (akak2, hidup nie utk enjoy yo?)



Baru-baru ini ana dengar lagi yang Gaza diserang oleh Israel..herm... tidak habis-habis lagi mereka dengan misi mereka ingin memerangi orang Islam.. Kenapa... lah?? antara sebabnya kerana mereka ingin menakluki bumi Palestin kemudiannya menguasai Masjid Al-Aqsa dan menggantikannya dengan Solomon Temple (Kuil Sulaiman) kerana mereka mempercayai dalam kitab perjanjian lama (Taurat) akan datang al-Masih (dewa penolong yahudi, Messiah) apabila mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple itu... ini seperti yang diceritakan dalam blog sahabat ana...

Cuma ana tertanya-tanya, mungkinkah juga yahudi ini cuba mencabar Allah yang satu... sebabnya?? Tidak percaya pada hari kiamat... Mereka tidak percaya akan adanya hari berbangkit.... Kalau dilihat kembali pada sirah-sirah Rasul ketika mana rasul memberitahu kepada kaumnya bahawa akan adanya hari kiamat dimana pada masa itu semua manusia baik yang sudah mati akan dihidupkan, dan akan dihadapkan dihadapan al-Khaliq, Allah yang Maha Mencipta, mereka berasa hairan dan mengejek sebab menurut keyakinan mereka tidak ada hari kebangkitan itu.. Malah ianya sering menjadi tanda tanya di kalangan mereka dan menjadi bahan bual mereka dimana sahaja.. Sebagaimana firman Allah:

"Tentang apakah yang mereka saling bertanya-tanya?..Tentang berita yang besar (hari berbangkit)..Yang mereka perselisihkan tentang ini.."(An-Naba' : 1-3 )

Telah Allah turunkan satu surah mengenai apa yg mereka perselisihkan ini dan menberikan bukti-bukti akan wujudnya hari tersebut kerana Allah mampu melakukannya... Seterusnya Allah menyambung lagi dengan bersumpah demi Malaikat sepertimana dalam Surah An-Nazi'at dan dalam surah ini juga telah Allah jelaskan tentang hari kiamat, keadaan peristiwanya, sifat dan dahsyatnya hari kiamat, balasan bagi orang yg beriman dan durhaka serta diceritakan juga kisah Nabi Musa...

Kalu renungkan kembali sirah, setelah diberi peringatan oleh Nabi kepada kaumnya, mereka tidak percaya malah dimintanya pula oleh mereka disegerakan azab.. Sebagaimana kisahnya :

  • Nabi Nuh
~ ini diperjelaskan Allah dalam surah (Hud : 32)
" Hai Nuh! Sesungguhnya engkau telah mengajak berdebat dgn kami, banyak benar debatmu itu. Cubalah engkau dtg kan kepada kami siksa yg engkau janjikan
pada kami ini, jika sekiranya engkau orang-orang yg benar."
  • Nabi Saleh
~ kaumnya yg tidak percaya telah menyembelih unta yg diberi Allah kepadanya sbg bukti kerasulannya dan mereka kemudiannya berkata " Jika benar engkau utusan Allah, buktikanlah siksaan yg engkau janjikan dahulu itu, unta itu telah kami sembelih."
  • Nabi Luth
~ dijelaskan dalam firman Allah :
"......Maka tidak ada jawapan kaumnya selain berkata : datangkanlah seksaan Allah itu jika kamu benar. " (Al-Ankabut : 28-29)

Dan kisah-kisah lainnya dimana mereka cuba mencabar disegerakan azab kepada mereka.. kerana hasil dari apa yg dikatakan rasul sekiranya dilakukan sekian akan ditimpa azabnya... mereka masih tidak percaya walaupun ditunjukkan dengan mukjizat-mukjizat yg Allah berikan kepada para rasul.. Mungkinkah juga, ini yang cuba dilakukan oleh Israel (Yahudi) kerana ingin melihat samaada benarkah akan terjadinya kiamat...Rasulullah saw pernah bersabda :

"Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang yahudi.."

Kerana tidak percayanya akan hari berbangkit diujinya pula dengan menindas orang-orang Islam di Palestin disamping cuba meraih keinginan mereka (seperti yg ternyata diatas)... mungkin juga boleh diperkukuhkan yang mereka masih tidak mempercayai ada nya kiamat melalui filem '2012'? kenapa pula mereka ingin mewujudkan filem yg sedemikian rupa sedangkan telah Allah membantah mengenai apa yg mereka perselisihkan ini... Tidak cukup itu pula, difahamkan melalui filem tersebut walaupun telah berlakunya peristiwa yg dianggapnya kiamat, adanya manusia yg hidup dan diwujudnya pula oleh manusia tersebut penghidupan yg baru.. sedangkan sepatutnya tiada siapa yang akan hidup kerana bumi hancur kecuali ianya yg di kehendaki Allah... ana tidak mahu menyentuh isu ini dgn mendalam kerananya, hari kiamat hanya Allah yg tahu, hanya Allah... Kita hanya disuruh untuk mempercayai yg hari kiamat benar-benar wujud kerana itu, 'percaya pada hari kiamat' merupakan salah satu rukun iman... cumanya tidakkah pelik sampaikan cerita mengenai hari kiamat ini boleh diwujudkan dan di buatnya filem sedangkan mengenai hari kiamat ini hanya Allah yang tahu...

Ini sekadar renungan juga buat kita sbg umat akhir zaman.. Sekarang ni dah byk berlaku perkara-perkara yg menunjukkan tandanya kiamat semakin hampir... Cubalah cari hadis-hadis Rasulullah yg menceritakan tanda-tanda akhir zaman.... Kiamat entah esok lusa tiada siapa yg tahu... Jadi marilah kita sama-sama tingkatkan amal ibadah dan melakukan amar makruf nahi mungkar kerana inilah sumber bekal yg akan kita bawa ke sana kelak... Bukan pakaian, harta mahupun darjat tetapi amal yang akan dihitung-Nya.. Bak kata org "dah kono batang idung ekau baru nak sodar, tak dapek den nak nolong do" ha, dah terlambat dah... banyak bukti dah, nak apo laei??

Memang benar yahudi dan nasrani tak akan rela atau senang dengan kita (Al-Baqarah:120), tetapi bukan senang dari mereka yang kita perlukan... Senangnya Allah swt dengan kita yg sepatutnya dan amat kita harapkan...

Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan yg diredhai-NYA...ameen....
Asif sekiranya post ana nie menggunakan kata-kata yg kurang disenangi & mungkin ada yg terasa..

Wallahu'alam...

Read More

Oh Tuhan....

بسم الله الرحمن الرحيم

Munsyid : Saujana
Lagu : Jika Terakhir Buatku

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakan-Mu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasih-Mu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba


Ya Allah... Kau lindungilah hamba-Mu ini..

Read More

Pernahkah kita bersyukur dilahirkan dalam Islam??


بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian buat Allah swt. keranaNya kita masih lagi dapat melalui kehidupan hari ini dan keranaNya jua kita dapat merasai segala macam nikmat terutamanya nikmat Islam. Serta selawat dan salam buat murabbi agung kita, Nabi Muhammad saw.

Asif jiddan, setelah sekian lama baru hari ini ana dapat update blog ana dengan post yang baru..InsyaAllah tajuk ana hari ini lebih kepada apa yang ana rasa..

~ Islam is the way of Life ~

Ana tergerak untuk bertanya pada diri ana dan mungkin juga anda semua, pernahkah bibir kita ini bergerak untuk mengucapkan rasa syukur kita kepada Allah swt yang kita dilahirkan dalam Islam?? atau mungkinkah sekadar rasa syukur kita bila kita memperoleh kejayaan atau apa sahaja yang kita impikan.... tapi bagi ana kira ok lg lah kalu pengucapan syukur yang keluar, dari dikatakan nya, "Yes! aku dapat 10A, boleh mintak Vios kat parents aku..".... MashaAllah, anak2 sekarang...

sedarkah kalian Islam merupakan satu nikmat atau dikatakan hadiah yang paling besar yang Allah berikan kepada kita.... ia bermula sejak kita dilahirkan lagi.... bersyukurlah kerana kita tidak perlu lagi khuatir untuk memilih apa agama yang patut kita anuti kerana sememangnya Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah, Tuhan yang satu, sebagaimana firman-Nya :

".......Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu....." ( Al-Maidah : 3 )

Jika nak di bandingkan mereka yang beragama lain masih lagi perlu mencari-cari, itu pun jika mereka diberikan hidayah oleh Allah untuk mencari sinar Islam.... maka, tidakkah kita patut bersyukur??

Allah berfirman :
"Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk). Dia akan membuka dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit..." (Al-An'am:125)

Hanya orang yang dikehendaki oleh-Nya sahaja yang dapat memiliki nikmat Islam. sebagaimana yang ternyata di dalam dalil diatas. maka, tidakkah kita patut bersyukur?? lahir-lahir sahaja kita diperdengarkan dengan laungan Allahuakbar, membuktikan kita anak orang Islam... cuba renungkan ek....

"Dan adapun orang-orang yang fasik (kafir), maka tempat kediaman mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka, "Rasakan azab neraka yang dahulu kamu dustakan," (As-Sajdah : 20)

Telah Allah nyatakan dalam dalil di atas, dimana orang-orang yang kafir yakni yang bukan Islam sudah semestinya akan dijadikan neraka sebagai tempat tinggal mereka di akhirat kelak... Tp kita umat Islam potensi merasai syurga tetap ada jika nak dibandingkan dengan yang kafir tidak langsung... maka, tidakkah kita patut bersyukur??

Ingatlah wahai kawan-kawan ku,
"Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Az-Zumar : 22)

ternyata tidaklah sama umat Islam dengan yang lain.. sebagaimana firman Allah kita disuruh untuk berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.... Jadi mengapa perlu kita ikut budaya mereka yang lain.. Dari ujung rambut sampailah ke ujung kuku ibu jari tu... terutamanya budaya Eropah, yang saban hari ni, remaja sekarang dok bangga-bangga ikut.... Lihat dari segi pemakaian sahaja sudah cukup... dok tayang sana tayang sini.... mana letaknya maruah diri.... Kalau dah berstatuskan Islam, buat cara Islam.... Islam tak suruh pun macam tu...

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam), sesuai fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu....." (Ar-Rum : 30)

Kita tau minta macam-macam dari Allah, tapi apa yang kita beri kepada Allah sebagai balasan?? tidak malukah kita kepada Sang Pencipta.... Dia yang mencipta kita dan pada-Nya jualah kita dikembalikan.... bayangkanlah saat dan ketika dimana kita akan ditanyakan mengenai apa yang kita perbuat di dunia dimana pada waktu itu tiada siapa pun yang akan bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan melainkan hanya diri kita sendiri... maka, tidakkah kita patut bersyukur?? Dilahirkan dalam agama yang penuh ketauhidan... Janganlah kita yang menjadi virus yang akan mencemar nikmat Allah yang suci ini.... ingatlah, Allah telah berfirman,

".....Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur" (Saba' : 13)

Beruntunglah kita berada dalam golongan yang sedikit itu...Syukur merupakan salah satu derajat yang tinggi dari seorang hamba. Rasa syukur itulah yang dapat membuat seorang hamba menjadi sedar dan termotivasi untuk terus beribadah kepada Allah. (Fikir kembali apa tujuan kita dihidupkan). Seperti yang diceritakan dari Nabi bahawasanya beliau solat malam sampai bengkak kakinya. Ketika ditanyakan kepada beliau, “Mengapa engkau melakukan ini wahai Rasulullah, padahal sungguh Allah telah mengampuni seluruh dosa-dosamu baik yang telah lewat ataupun yang akan datang?” Maka Rasulullah menjawab, “Tidakkah aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur?” (HR. Bukhori dan Muslim)...

Sedangkan Rasulullah yang sudah dijamin syurga pun, sentiasa bersyukur, mengapa tidak kita yang masih belum pasti ni... Fikir-fikirkanlah..... Sebagai seorang Islam, apa yang sudah, patut dan perlu kita buat.... Adakah orang Islam sepatutnya begini.... Jadi marilah kita sentiasa panjatkan rasa syukur kita kepada Allah swt kerana telah membenarkan kita dilahirkan ke dunia terutamanya dalam agama Islam.... Moga kita semua sentiasa berlindung di bawah payung rahmat-Nya.... InsyaAllah....

Wallahualam....

Afwan Kathir.... Ana masih baru dalam penulisan. Mungkin banyak lagi yang perlu diperbaiki....InsyaAllah....

Afwan buat ukhtihifa, setelah sekian lama baru sekarang ana menulis post...hehe...Jzk ukhti...

Read More

..................................luasnya ilmu Allah......................................

"Katakanlah (Muhammad), 'Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"
(Al-Kahf : 109)